Wednesday 1 May 2013

I'm Engaged

Assalamualaikum.

01052013. Tarikh yang aku akan ingat sampai bila-bila. Even it is a simple thing for others, but for me, its my engagement day :)

Actually, benda ni last minit planning. LAST MINIT ok! Semalam 30 April baru bagitau tau dak. Dah la baju takdak, apa pun takdak. Tapi, benda baik kan, Alhamdulillah, sepupu aku pinjamkan semuanya. Thanks jugak to my the best friend ever, Aisyah Ali. Thanks sebab jadi runner aku, bawak aku pi giant dab pilihkan tudung, bawak aku pi mekap. Thanks :D Syukur Ya Allah di atas semua pertolongan ini.

Aisyah, Ain, Afiqah(Bakal adik ipar)

Me with Safuan and Sarah


Thanks sayang :D

Me with Suzi

Me with manisan

Cincin pengikat janji :)

Tau tak, rasa sangat ketaq, SANGAT! Sangat takut. Masa bakal mak mertua nak sarung cincin tu kan, Allah, hati aku, lutut aku dah lembik habis siakkk. 
Aku rasa macam aku takmau cerita banyak, takdak idea. Allah permudahkan segala urusan aku :)

Aku sebenarnya agak rasa bersalah, sebab sekarang aku tunang time entrepreneur week. Time course aku kena menega, hmm aku tak rancang pun semua ni. Aku balik pun sebab adik aku masuk ICU. kebetulan ja buat tunang ni sebab aku ada kat rumah. Totally rasa bersalah. 

Tapi, alhamdulillahh la dah selesai semua langkah pertama. :)

Ditaip oleh : Tunangan orang :)

Tuesday 23 April 2013

2 months left

Assalamualaikum :)

Hai lagi 2 bulan aku akan meninggalkan zaman bujang ku serta merta dan memikul tanggungjawab yang amat berat dan bertambah ahli keluargaku, In Shaa Allah. :)

JUJUR, AKU TAKUT! 

Kenapa perlu takut? Aku sendiri pun tak tahu apa yang aku takutkan.


  1. Mungkin title ku akan bertukar?
  2. Mungkin sebab aku akan tinggal dengan mertua? 
  3. Mungkin sebab aku tak reti masak?
  4. Mungkin takutkan suami? HAHAH ini lawak! :D

Haa sebab yang ke 2 tu, aku nak explain ni. Previous post haritu aku ada cakap yang bakal suamiku dah beli rumah. Actually rumah tu ayah dia yang punya, jadi dia beli dari ayah dia. Rumah tu ayah dia sewakan pada orang. Jadi haritu bakal ayah dan mak mertua aku sembang dengan aku, kata depa suruh kami tinggal dengan depa atas sebab aku tak selalu balik, nanti rumah tu kosong jugak. Jadi takut barang-barang dalam rumah rosak. Lagipun penyewa sekarang bayar sewa dengan smooth je tiap-tiap bulan. Mak ayah dia cakap nanti duit sewa tu dapat kat husband aku jugak. Jadi rezeki lebih kan. Ikut cakap orang tu ni tak rugi. Tambah bahagia. In Shaa Allah :D

Hm pasal preparation, aku dah buat :

HIV test kat hospital Kulim, (Kerajaan tau)
Tempah baju sepasang (laki+perempuan)

And then yang aku terkejutnya, semalam mak aku call cakap mak dia nak buat kenduri bulan 6. I mean hujung bulan 6. Alhamdulillah, Allah dengar doa aku.

"Jika kita meminta pada Allah hal kebaikan, maka Allah akan permudahkan segala urusan kita"

Moga Allah redha dan beri kami peluang untuk hidup sebagi suami isteri yang sah disisi NYA. Bimbinglah saya ke jalanNYA. In Shaa Allah kita akan bahagia jika menjadikan ikatan ini, ikatan kerana Allah :))

Aku mencintaimu kerana Allah Muhammad Afiq Bin Mahinan :)

Entry ditaip oleh : Madam To Be :D








Wednesday 10 April 2013

To do list/done list maybe?

Assalamualaikum

Tetiba nak buat entry pasal ni. Hee, maklumlah, even bulan 7 majlisnya, aku kena buat persiapan dari sekang sebab aku bukan macam bakal pengantin perempuan yang lain, maybe dah kerja or duduk rumah saja. i'm still a student. FIRST year student. Jadi, masa tak banyak kat rumah, banyak kat asrama. Hanya cuti2 sem ni ja aku ada masa nak settlekan segala hal. Mula-mula rancang nak engage midsem break nih, tapi tak jadi sbb ada masalah sikit. Then, bakal suamiku (aceewahh), busy dengan training bola sepak. Almaklumlah org terpilih main bola JPS Malaysia. JPS= Jabatan Pengairan & Saliran. Alhamdulillah, rezeki dia.
Jadi, aku sorang ja yang kena uruskan semua hal ni memandangkan aku balik cuti seminggu, 4 hari dia takdak kat rumah sebab pegi training. *Sigh

Nasib baik aku ada cousin2 yang sudi membantu. Bagitau aku segala procedure yang mana pengting and HAVE to do first. Lagipun, aku ramai cousin perempuan dan yang masih fresh baru kahwin pun ada. Jadi, sikit sebanyak aku tau la procedure yang terkini. Things i've done:


  • Baju nikah & baju melayu (pinkish peach)
  • samping & butang baju melayu
  • baju pengantin laki & perempuan (sepasang)
Kenapa sikit sangat baru siap? Sebab pihak lelaki tak datang rumah hantar duit lagi, tu yang baru boleh buat sikit2. Nak tgk to do list? :

  • Hiasan bilik tidur
  • meja makan
  • rewang (nak masak/makan apa?)
  • barang hantaran
  • accesories baju/tudung
  • kad kahwin
  • doorgift
  • HIV test
  • surat menyurat (deal dgn Tok Imam) lub dub lub dub
  • Interview kat pejabat agama
ha? See! banyak lagi benda yang aku kena settle. Ok aku nak ingatkan sapa yang nak kahwin macam aku sekang ni, (ingatkan diri sendiri jugak la) JANGAN SESEKALI MEMBELAKANGKAN IBU BAPA!!!
Satgi depa kcik hati dengan kita, tak guna seduit pun. Tanya la depa baik-baik, nak buat macamna, bincang sedetail yang mungkin. sebab apa-apa nanti, mak bapak jugak yang dipersalahkan. nauzubillahiminzalikk

Hampa mesti pelik kan awat aku tuleh baju semua macam buat satu majlis ja. Yes! absolutely correct. Nak tau sebab apa kami buat satu majlis ja? sebab, rumah aku dengan dia dekat sangat, kentut pun dengaq! HAHAH, takdak la cenggitu. Selang 3 bijik rumah ja pongg. Sebab tu, nak seb, buat kat rumah aku dengan panggilan kedua belah pihak sekali. Alhamdulillah, Allah permudahkan lagi :') sayang Allah

And lagi satu, dia dah beli rumah dari ayah dia. Jadi dia dah ada rumah sendiri! Alhamdulillah lagi :')
Sykur padaMU Allah. Lepas je kahwin, balik rumah le.. Honeymoonnnnn :P Mohon jeles sekang jugak!
Ha, sebut pasai honeymoon kan, bakal suami aku cakap, paling dekat Pulau Langkawi, paling jauh kat BULAN.. ngee, pandai laka-laka. cubit kang! Hmm, itu masih dalam perancangan la nak kemana tuh. 
 
Dan Alhamdulillah lagi. sebab kami dah pi kursus kahwin masa 12 dan 13 Mei 2012 dulu. hah, awai tak kami pi? Eksaited! tak tau pun dapat kwen awai. Rejeki loh kata org indon. Maap pak! Alhamdulillah, berkat restu mak abah, dan mak ayah, urusan kami smooth je. Alhamdulillah :') 

Restu Ibu Bapa bermakna restu Allah

Tarikh yang dibincangkan secara kasar ialah pada awal bulan 7, before puasa weh! 5 Julai 2013 akad nikah dan esoknya majlis :) Tak sabar, Allah, sabarlah wahai hati ku. seriously eksaited tau. Mudah-mudahan urusanku spermudahkan oleh Allah. jujur aku cakap, aku kahwen kerana mencari keredhaan Allah, aku nak hidup dalam keberkatan dan kasih sayang sesama makhluk dan Allah. In Shaa Allah, Allah dngar kata hatiku :')
Biarlah apa org nak cakap, aku tak ambil peduli as long as parents aku and parents in law support aku top to toe, its sokay dan cukup Alhamdulillah :)

Inilah jalah entry nya. Aku cuma nak share perasaan yang tak toghah lately ni. nanti kad dah siap, aku post lagi bagi alamat :') 

Ditaip oleh : Madam to be!! :P

Syukur

Assalamualaikum

I'm going to get married soon..

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah 

Thanks Allah :) I Love You Allah, Mak & Abah

& Future Mak & Ayah in Law :'))

Thursday 7 March 2013

Feel Unfeel

Assalamualaikum :)

Hujung minggu depan, aku akan hiking lagi. yeay! Macam tak berapa nak happy ja yeay tuu. Hm biarlah ia menjadi rahsia aku. Kali ni, aku dan KRU, akan hiking di Gunung Nuang, Selangor.
Nnati aku masukkan gambar dalam entry yang seterusnya okayy.

Mood : Totally not happy :'(

Wednesday 6 March 2013

Khabar Gembira

Assalamualaikum :)

Hello semorang. Sihatkah kalian? Moga kalian semua sentiasa dalam redha NYA

Actually aku nak cerita pasal benda yang sangat buat aku dan dia gembira. Nak tau padiaa??
ce buat jari kat dagu, mata ke atas, macam org tgh fikir tu la kan.
Aku mulakan dgn Bismillah :)

Actually, aku dah lama rancang nak kahwin dgn dia since aku kat matriks lagi. But, mak aku cakap, settlekan matriks dulu, then second year kat U baru boleh kahwin. Aku pun masa tu macam kecewa jugak, but then, setelah aku solat semua, rasa ok la cadangan mak aku tu. Then, lepas je aku dah masuk U, suddenly mak aku cakap, "takpayah kahwin lagi lah Ain oi. Belajaq dulu sampai grad". And i was like, "mak, dulu mak kata boleh bla bla bla..." sambil pintal2 hujung bantal. HAHA gatai sgt gamaknya nak kahwin

Sekang aku dah pun bergelar mahasiswi. First year lagi hah. Masa cuti sem haritu, mak aku pegi kenduri rumah dia, mak dia buat kenduri kecil-kecilan. Mak aku pun pegi lah jalan terkedek-kedek dgn abah aku. Maklumlah rumah kami selang 3 biji rumah ja pun. :P Mohon jeles skang!
Dah boyot perut, pulang lah merpati dua sejoli tuu terkedek-kedek. Hmm sampai je kat rumah, mak aku panggil "Ain, oo Ain, mai sini sat, mak nak sembang dgn hang sikit"(org tua2 pggl anak dara mcm cita P. Ramlee)
Aku pun dgn ayunye pegilah duduk depan mak aku. Then mak aku cerita :

Mak : Tadi mak tanya Ayeh (Adik buahati pengarang jantungku muda setahun dgn abgnya), bila hang nak kahwin? Aisyah(girlfriend mangsa) dah grad kan?

Ayeh : InsyaAllah, hujung tahun ni jadilah mak ngah(nama pggilan kampung). Igt nak buat sekali dgn abg long(nama pggilan dia dlm keluarga)

Mak dia : kami dah bincang dah Mah oii, nak bagi depa ni kahwin buang la senang, nak habaq kat hang, takot hang marah, sebab Ain dok belajaq lagi.

Abah : benda baik buat apa bak marah, lagi suka.

Mungkin ada lagi apa yg depa bincang, tapi ini yg mak aku cerita.

And i was like, Ya Allah, terima kasih kerana Engkau mendengar do'aku ini Ya Allah :')
Setelah dibincang-bincang, hujung tahun ni merisik dan majlisnya InsyaAllah masa aku cuti sem3 nanti bulan 1.
Allah akan mudahkan hal kita jika kita sering memudahkan hal org lain. :')

So, nak jadi isteri org ni bukannya senang, banyak halnya yang nak kena uruskan. InsyaAllah, dgn bantuan Allah, moga kami kuat dalam menghadapi ujian, dugaan ini. Dalam nak buat kebaikan, memang banyak halangannya. Jadi, berdo'alah supaya Allah beri kekuatan pada kita agar kita terus bangkit. :)

InsyaAllah :)


Wednesday 13 February 2013

Mak, Ayah, Saya nak KAHWIN :)


Assalamualaikum "_"

Mak Ayah, Saya Nak Kahwin | Assalamualaikum pembaca harianislam, dalam artikel kali ini penulis kongsikan satu kisah “Mak Ayah, Saya Nak Kahwin” yang menarik untuk anda baca.
Bagi anda yang minat membaca cerpen penulis syorkan anda untuk baca cerpenMaafkanku Wahai Suami.Cerpen tersebut walaupun baru 1 minggu dalam harianislam tetapi telah melebihi 11,000 view.
Terimalah Mak Ayah, Saya Nak Kahwin
Mak ayah, saya nak kahwin.. janganlah bersusah hati kalau dia ingin berkahwin, kerana pernikahan itu membuka seribu pintu rezeki. Perkahwinan atas nama Islam, sudah pasti akan diredhai Allah.
Mak ayah, saya nak kahwin. janganlah dihalang keinginannya, kerana Allah sudah berjanji, barangsiapa berkahwin keranaNya pasti akan dipermudah segala urusan.
Mak ayah saya nak kahwin.jangan sesekali risau pasal pelajaran, kerana ia takkan pernah berhenti. Hatta sampai ke mati sekalipun, ilmu takkan pernah habis dicari.
Mak ayah, saya nak kahwin. walaupun dia belum bekerja, bukan bermaksud dia tidak boleh menyara bakal isterinya. Sudah tercatat di dalam Quran, orang miskin sekalipun pasti akan dimampukan oleh Allah lepas berkahwin.
Mak ayah, saya nak kahwin.. jangan risau anakmu dapat bayi atau tidak. Nikah itu sendiri bukan jaminan untuk dapat bayi, kerana semua itu adalah kerja Allah. Lagipun anakmu itu sudah ada perancangannya yang tersendiri.
Mak ayah, saya nak kahwin. berkahwin itu menghalang maksiat. Daripada dia melihat perempuan di sana sini, lebih baik dia melihat isterinya saja. Dapat pahala lagi.
Mak ayah, saya nak kahwin.. dengan berkahwin, anakmu akan jadi lebih bersemangat, bila ada kekasih yang selalu setia memberi dorongan. Kerja juga menjadi lebih produktif.
Mak ayah, saya nak kahwin.. percayalah yang dia sudah bersedia untuk bertanggungjawab. Jika ditanya mana-mana suami isteri pun, sudah pasti tiada yang mengatakan mereka berkahwin sekadar suka-suka.
Mak ayah, saya nak kahwin. Jangan dilihat kematangan pada usia, tapi lihatlah pada peribadi dirinya. Jika dia sudah bersedia menjadi pemimpin, maka benarkanlah dia jadi pemimpin kepada isterinya pula.
Mak ayah, saya nak kahwin. Ilmu agamanya sedikit cuma, tapi tiada pernah berhenti mencari ilmu. Maka doakanlah supaya dia dapat menjadi seorang lelaki/wanita yang lebih soleh/solehah.
Mak ayah, saya nak kahwin.. Usia remajanya mengajar seribu erti kehidupan. Kini sudah sampai masanya untuk anakmu melangkah ke alam dewasa pula, bagi meraih lebih banyak pengalaman.
Mak ayah, saya nak kahwin. Semua ini hanyalah keinginan anakmu saja. Namun kiranya tiada dipersetujui, anakmu terima sepenuh hati. Kerana dia juga tahu, bagaimana untuk menghormati keputusan kedua orang tuanya.
Mak ayah, saya nak kahwin. Andai kiranya kalian bersetuju ingin mendapat anak menantu, maka izinkanlah anakmu ini mencari calonnya. InsyaAllah, bukan calon isteri yang dicari, tapi calon ibu kepada cucumu yang akan dicari.
Mak ayah, saya nak kahwin. Apa pun jua keputusan dipilih, semoga Allah sentiasa memberkati. Dan semoga pilihan itu adalah yang terbaik. Sama-samalah kita berharap kepadaNya.
Mak ayah, saya nak kahwin. tapi apakan daya dia hanya mampu menulis untuk meluah isi hati. Andai isi hati anakmu ini dapat dibaca dan difahami oleh mak dan ayah, alangkah bagusnya. Ya Allah, permudahkanlah segala urusan anak mak dan ayah ini, amin.