Saturday 29 December 2012

Study Week

Assalamualaikum (:

Hello guys, whats up yo.. HAHAH, buang tebiat ke apa?? saja la nak berubah angin sikit

Okayy, sekarang dah start study week kat U aku ni. Tapi aku rasa semua U macam ni sebab final exam more and less sama ja kan. Ok seminggu before this pun dah aku jadikan dia as study week sebab aku takut tak sempat nak cover semua subject within a week given. Aku dah mulakan rutin ruji aku as student and along this study week iaitu tidor lepas subuh. HEHEH, crazy i am right. Tapi itu yang mampu aku buat sebab aku tak mampu untu bangun awal even yang tu la paling bagus compare to study sampai pagi cenggini..

Sekarang, aku baru cover 3 topic utk subjek biodiversity, 1 topic utk kenegaraan dan 1 topic math. Aku sangat berharap aku dapat cover all the topics before final come and i really really realy hope that i can do my final the best as i wish, InsyaAllah. "Allah tidak melihat kepada hasilnya, tetapi Allah melihat kepada usahanya". So, usahalah untuk mencapai kejayaan :)

Ok harini jugak birthday kawan aku yang aku sayang tu yang sekarang ada kt KMK lagi ha. Selamat ulanga tahun yang ke 19 tau mek, sweet 19 :) Tak berapa hari ja lagi hang dah nak masuk 20 dah, baru ja masuk 19 dah nak masuk umur lain kan mek, tu la.. keluaq tengok dunia lambat sangat :P Aku sayang hang mekkk

Usaha, Doa, Tawakal :)

Selamat study dan selamat menempuhi final yang mengerikan :D

Ditaip oleh : Anak Mak :)

Thursday 27 December 2012

Semput

Assalamualaikum (:

Hello peeple..  Meh aku mulakan cerita aku yang tak berapa best ni dengan bismillahhirrahmanirrahim..
InsyaAllah, lepas aku habis final ni, aku akan ikut trip hiking ke Gunung Tebu, Terengganu under Kelab Rekreasi Universiti (KRU). So, aku tak ada langsung peralatan untuk hiking, kalau dulu masa sekolah aku selalu ja ikut kem yang ada jungle trekking, tapi kan trekking dengan hiking kan tak sama. Trekking macam naik bukit ja, tapi hiking pendakian sampai ke puncak dan bermalam dalam hutan gitu, haa kelas kau !
Semalam aku keluar dengan kawan-kawan aku pergi Tanah Merah. Niat nak pergi KB, tapi rasa jauh sangat la pulak,. Aku cari beg untuk hiking, and lastly jumpa jugak. Aku beli yang tak ada jenama, yang biasa ja. Tapi yang biasa pun dah RM100, kalau yang luar biasa? Huu tak mampu rasa, aku ni orang sederhana ja, tak mampu lagi sekarang untuk pakai yang berjenama, just beli yang termampu ja.

Then, aku jugak cari kasut utk hiking. Kt TM tu aku tak nampaki kedai kasut sport selain Al-Ikhsan. Tolong la, pertama kali masuk Al-Ikhsan, huh? Mata aku juling sebentar! HAHA -,-"
Tapi abah aku yang suggestkan beli kasut kat situ elok, tahan la. Dah mahal, memang la tahan, kalau tak tahan, apa guna mahal.. Setelah menilik semua kasut, ada yang berkenan di hati, selesa dipakai, sekali datang takdak saiz la. Hampaa sekejap. Hmm -,-"  Then, aku pun beli la yang ada saiz dan harganya mahal sikit dari yang first one. Haish, duit kemain keluar macam air..

This is my ordinary beg :)

This is mylovely shoes :)
Sayang nak bagi kena lumpur nanti -,-"

First berkenan yang ni, tapi keras dalam dia -,-"
Perlu pulak nampak harga tu

Ok, ni mesti aku akan beli satu hari nanti, I.Allah :)

Okayy ni masa tunggu suzzy beli tiket train ke JB :)

Takat ni je lah rasanya, InsyaAllah, jumpa lagi di entry yang seterusnya :)

Ditaip oleh : Anak Mak :)




Friday 21 December 2012

Jeli Special :)

Assalamualaikum (:

hello peeple, sihat kah?  Moga kalian semua berada dalam keredhaanNYA, aminn ^^
Jeli special? untuk aku la, Jeli sangatlah special tau. sebab cuca yang tak menentu tu la Jeli special.. sometime kalau pagi around pukul 6 pagi hingga 9 pagi tu keliling bukit kabus tebal. sangatlah unik, mana ada kat tempat lain selain CH. Hum, kalau dulu kan, pukul 3 pagi baru kabus tebal, sekarang nih, pul 11 malam pun dah ada kabus dan sekarang musim hujan dan sangatlah sejuk. Kalau cuaca macamni selalu, habislah attence aku !! Hee ^^ Let's enjoy the pictures of Jeli :))

ok ni pukul 7 pagi :)


Ni around 9 pagi, tengok bukit tu :)


Ni pukul 3 pagi :)


Ni 6 petang, lepas hujan.. Subhanallah :)




Asrama Blok A dari Fakulti :)







Takat ni jalah kot, jumpa lagi di entry yang seterusnya, InsyaAllah :)

Ditaip oleh : Anak Mak :)




Monday 17 December 2012

Arabian & Sports Nite (:

Assalamualaikum (:

Hello peeple, apa khabar kalian? sihatkah semuanya??? Moga kita semua sentiasa dalam redha Ilahi, Aminn'
Wow!! Arabian?? Sounds quite good, HAHA^^ Actually hari sabtu semalam students UMK kampus Jeli ada buat malam penutupan sukan dan malam pengenalan kelab kesenian & kebudayaan atau nama yang telah diperkenalkan ialah SWAT stand for Sanggar Warisan Timur.. Huh, aku dulu pada asalnya aku menari juga under kelab nih, then aku quit atas sebab-sebab tertentu. Biarlah aku ja yang tahu sebabnya nah.. hehe ^^ Malam tu kan, ramai orang tertanya-tanya sebab apa macam lari tema ja kan? Lari tema?? takla, tak lari pun, just tambah je yang kenduri kahwin tuu.. Kenduri kahwin?? mesti ada yang tenganga mulutnya.. HAHA
Pengantin tu sebagai gimik perasmian majlis malam tu, saja la nak buat bagi gempak sikit mehh :P
Serius macam kahwin betul-betul, dah la pengantin sama padan, pandai depa pilih noh :P
Yang aku ni tiba-tiba jadi pengapit pengantin, sebab pengantin perempuan yang bagi nama supaya aku jadi pengapit dia. Yang pengantin perempuan tu, siap dengan henna bagai, dengan suit pengantinnya warna purple, huuuhuu..

Persembahan yang ada malam tu ialah tarian modern~ lagu Beauty & the Beat, tarian zapin dari students tarian UMK, kampus Pengkalan Chepa, tarian boria, tarian kompang dipalu, tarian ketipang payung, tarian samrah, nasyid, nyanyian solo dan duet. Semua persembahan tu dipersembahkan oleh students UMK kampus Jeli sendiri dan semua jugak dibawah SWAT :) sangatlah best tau ! dengan lighting yang bagaikan disconya haa.. Sebelum tu, orang yang incharge costum dan mekap dah sediakan jadual untuk mekap bagi mengikut tarian masing-masing sebab kalau nak mekap semua penari dan penyambut tetamu serta pengantin dalam satu masa memang sangat imposible la kan. .Humm, aku bawah penyambut tetamu dan jadual mekap aku pukul 6-7 ptg,.. so aku ambil wuduk siap-siap untuk solat maghrib kat bilik kebudayaan. Alhamdulillah, :))  Aku sangat tak suka bila muka aku dimekap, sebab muka aku sangat tak sesuai dengan mekap, even aku sendiri tengok pun rasa nak gelak+ nangis, orang yang tengok lagi lah.. Entah-entah, dok kutuk aku kan kat belakang.. And FYI, semalam jugak for the first time in my entire life pakai bulu mata palsu, dan eyelashes tu sangat lebat dan agak tak sesuai dengan aku... Tapi, aku suka rumate aku, si Intan ni ha mekap aku, lawa ja. kalau dari awal Intan mekap aku kan, muka aku tak  jadi macam opera!! humm, apakan daya masa tak akan kembaliii... aceeewah -,-"


Macam pengantin betul tak? -,-"




Syera, Athirah & Yana :)


Intan with her...... :P


Me with my beloved rumates :)


Haa, amacam?? Rombongan pengantin dah nih -,-"




  
Ok yang ni last :)

Kalau ikutkan hati dan perasaan aku ni, nak ja aku upload semua gambar, tapi apakan daya, line macam siput slow kan.. hehe ^^ 

Takat ni jalah kot, sehingga bertemu lagi dientry yang akan datang, InsyaAllah :)

Ditaip oleh : Anak Mak (:

Thursday 13 December 2012

Went for Seminar :)

Assalamualaikum (:

Hello peeple.. apa khbar kalian semua?? Semoga kita semua berada didalam kasih sayang NYA, InsyaAllah, aminnn ^^
Baru-baru ini hari selasa lepas, students agriculture 1st year and 3rd year dan senior course lain ada terlibat dengan satu seminar yang bertajuk "National Seminar Certification of Rice Seed & Production of certified Seed" dekat Grand Riverview Hotel, Kota Bharu, Kelantan.. Kitorang gerak dari kampus pukul 11 pagi and we were arrived there at 12.30 at noon. Dalam kepala hotak masing-masing pegi seminar tu kitorang akan duduk dengar bebelan yang berjam jam lamanya la..  Tetiba sekali perasmian Agro Club ja.. Punya la seronok dan kami dapat jumpa dengan Japanese and Brazil paper presentor.. tak banyak pun kau nak cerita, cuma gambar ja la yang aku mampu bagi :D



Fatini with Me :)



Fatini with Kak Ijah :)

ha tu tajuk dia! 




Part of us :)


Suzzy with Pikah



Norliey, Me & Adibah



with my kak wan :)


sebab takdak meja n kerusi, dok je makan kat bawah.. Lebih manis, Allah suka :))

With me beloved kakak :)




Snap pakai fon saya ja :)


The girls :)


'Do Not Touch' atas piano tu.. :)

Sekian sahaja dari saya, sehingga berjumpa lagi di entry yang seterusnya, InsyaAllah :)

Ditaip oleh : Anak mak :)



Friday 7 December 2012

Weekend :D

Assalamualaikum (:

Hello peeple.. sehat? moga semua dalam redha ilahi ya.. weekend?? Alhamdulillah, setelah tiga minggu weekend sangatlah busy, but this weekend Allah ease my work and give me some rilex and relief.. Minggu ni tak sibuk dah macam minggu lepas-lepas tu sebab esaimen pun dah siap, tinggal nak submit dan present saja. Just finish kan tutorial question and do some exercises before facing the final exam next year.. Next year?? Sounds like it still too far right.. But now pun kita dah kat penghujung tahun 2012. Tahun ni countdown kat Jelifornia la aku.. HAHA ^^

Harini hari khamis, ada forum about food week under my course activities.. sempena this activity, course aku buat sambutan sikit la untuk melancarkan food week ni.. about how to take our diet proper.. bla.. bla..blaa..
Aku pergi dengar forum tu tapi macam mana tah earfon boleh ada kat lubang telinga aku tadi,.. so tak dnegar sangatlah apa yang lecturers tu cakap. Cuma aku just give FULL attention when a male lecturer give talks. Heheh ^^ nampak tak permainan aku kat situu.. Actually, tak la sangat,.. ehem??? -_-'

Then, some students ada buat bubur asyura kat sebelah multipurpose hall.. i thought that all bubur asyura are the same.. I mean, same taste, color and the ingredients.. But, in Kelantan, bubur asyura dia agak pedas. Aku rasa dia ada letak rempah kari gitu sebab rasa macam makan kari pulak tadi. ingredients pulak tak macam bubur asyura kedah ohh.. Kalau yang Kedah punya, dia letak macam2.. jagung, kacang, ubi, pisang dan manis. tapi kat sini, tadi tak nampak apa-apa pun dalam bubur tu.. Hum, pengalaman baru, makan makanan baru yang berbeza dengan tempat sendiri. Alhamdulillah, Allah bagi aku  peluang untuk rasa semua nikmatNYA..

Hum, weekend ni jugak aku habiskan malam aku dengan tengok cita korea.. HAHA ^^
Boys over flower. mesti orang akan cakap aku ni ketinggalan zaman sebab baru tengok.. Biarlah!! Actually, dah tengok pun, tapi bila tengok tu asyik skip skip ja.. dah tu tak tau  macam mana cerita. so, tengoklah episode by episode.. memang parah dan sangatlah addictive tau!! langsung taknak berganjak daripada depan lappy aku ni haa... nak mandi pun fikir banyak kali.. HAHA punya la teruk kalau sekali layan korea..



Aku suka gilaa Geum Jan Di sebab dia sangat comel even sekarang dia dah berumur.. Dan aku suka Jun Pyo rambut keringting sebab tu identiti dia dan aku suka cerita ni!! Sangat best, SANGAT!! :D
Aku nak habiskan jugak cerita ni dalam minggu  ni sebab minggu depan dah start study untuk face dengan study week, InsyaAllah, may Allah ease :)

Jumpa lagi di entry yang seterusnya, InsyaAllah :)

Di taip oleh : Anak Mak :)




Sunday 2 December 2012

Jihad Gaza (:

Assalamualaikum (:

Hello peeple.. Apa khabar semua.. harap semua dalam redha Ilahi, InsyaAllah.. 
nak update sikit je sebenarnya pasal flashmob Gaza yang baru dijalankan tadi ha kat UMK ni.. Allah, rasa sampai tulang hitam duduk kat kelompok yang memperjuangkan Islam tadi.. aku just nak upload gambar ja.. taknak tuleh pepanjang.. Okayy ?? InsyaAllah.. :))

muslimah jugak aktif :)





semangat tuh :)



Allahuakbar!!!

gerak pulak gambar ni... -,-

tengok tuuu.. sumbangan kami hanyalah semangat dan doa... :)

kreatif kan :)


muka serius tuh ...