Friday 17 August 2012

Breaking the Fast (:

Assalamualaikum (:

Berbuka puasa?? kenapa ya, entry kali ni tentang berbuka? selama ni, tak bebuka kah??? HAHHAHA :D
TAK!!, semalam, kami sekeluarga berbuka kat luar.. sejarah kot!!.. tuu yang entry pasal ni tuu. sebabnya, ni first time berbuka kat luar, sebab, abah aku tak berapa suka bebuka kat luar, nak terkejar2 masa nak solat maghrib lagi... kalut!!!

Okayy, tugas aku tulis apa yang nak makan untuk berbuka, dan call untuk order.. Actually, kami nak makan dekat Restoran Chef Det, Kilang Lama, tuptup.. mak abah aku pergi, dorang tak sajikan makanan goreng2 bagai.. Makanan kat situu memang mahal tapi sangat sedap! marvelesss... :P mak aku pun pegi lah satu lagi kedai, nama Restoran D'Abadi.. TAK BUKA!! frust nak mampos! so, mak aku balik hulur kertas order tuu dengan muka yang agak mandom,  call lah Pak Cik Nan.. kawan mak aku. goreng2 pun tak buat takut tak sempat sebab ramai yag booking.. Aku pun order la ikan siakap masa 3 rasa, sup ekor, sayurcampur, sup cendawan. telur dadar...dan air masing masing punya suka..

Kebetulan harini, bebudak yang mak aku ngasuh tuu bebuka dengankami, sebab mama dorang ada jamuan bebuka dengan jabatan kat SP.. Kakak aku pun balik harini.. jadi, ramai la bak haanggg!! Sesampai kami kat kedai tuu, terus duduk kat meja yang sememangnya dah ditempah oleh Nurain Anuar ni.. hee (:
Ramai bapak... ada yang balik gituu je sebab makanan tak sampai lagi padahal dah pukul 8!! kesiann kan.. tapi, oarang yang serve tuu pun kesian, penat aku tengok dorang buat keja.. No Comment!! Enjoy the food and balik rumah yang tenang dan damai :D

Dikarang Oleh : Cik Ain



Shopping Raya (":

Assalamualaikum (:

Hello... Shopping?? Mesti ramai yang kaitkan shopping dengan perempuan/wanita/gadis and so on yang sewaktu dengannya. Padahal zaman sekarang ni, lelaki/jejaka/dll juga yang sewaktu dengannya dah pandai bershopping dan yang syoknya laki lagi eksaited shopping compare to girls.. hee (:
Okayy, meh kita start dengan baju raya yang sememangnya dah jadi sesuatu yang wajib pulak untuk dipakai masa hari raya.. Yang si gadis, semestinya nak nampak cantik dan anggun di pagi raya.. yang lelaki, mesti lah nak nampak macho tambah tambah yang dah berpunya,.. :D

Okayy, stop berfalsafah kat sini.. Aku beli baju raya kat Butik First Lady jee.. Tahun ni aku pakai putih dan baju putih tuu boleh la aku pakai untuk upacara rasmi masa kat UMK nanti. tu la sebab utama aku beli baju putih kali ni. Kalau tak disebabkan kena beli baju putih untuk upacara rasmi tu, aku pun tak hingin nak pakai baju putih masa hari raya, mana tak nya.. aku ni dah la buas, nanti dah la nak kena layan tetamu yang datang beraya kat rumah, aku pun nak jugak beraya dengan kawan kawan kat rumah dorang kan.. Adik aku beli baju kat Butik Peace, butik sebelah butik yang aku beli baju tadi tu. harga baju aku jauh lebih murah compare to my sis. Baju raya adik aku bernilai RM149.00 dan aku RM79.00... huu, everytime kalau shopping, mesti dia akan lebih, dan lansung aku tak dengki pun..

Mak aku dan abah aku shopping kat pekan Kulim, butik ape nama tah, lupa pulak.. tapi rasanya bukan lupa, tapi memang tak tengok pun butik tu nama apa, just terus redah je masuk.. Abah aku beli baju melayu warna gold dan mak aku beli baju kurung warna hijau+pink gituu.. harganya total RM200+++.. Aku pegi melilau dengan kawan dan adik aku kat butik cikgu aku, nama butik tu pun aku lupa. MAhal bapak tudung... RM50 and above.. terbeliak biji mata aku nengoknye.. Blah terus!! HAHHA (:

Lepastu kami gerak ke uptown berhampiran butik jugak la.. kat medan selera dan urus niaga usahawan kat depan ceria 99 tuu.,. orang Kulim tau la.. heee :P  Aku jumpa tudung bawal 2 ton bidang 45,  RM10.. terus aku grab 2 helai... aku bawak jugak baju raya aku tuu sebab senang nak pilih tudung nak bagi matching...  Aku jumpa lagi satu tempat jual tudung jugak.. tapi kali ni aku grab tudung bawal yang 3 ton dan ada bunga bunga kat tepi.. cantik.. memang syok sakan la.. balik ke rumah, terus try, tak salah pilihan aku.. terus basuh dan jemur memalam buta kat luar rumah.. punya lah keciwi, terjengok2 kat luar tuu takut ada orang cur tudung yang baru beli tuu... heee (:"

Okayy dan semalam aku keluar shopping dengan si kesayanganku.. Muhd Afiq <3<3  pergi shopping kat Bandar Perda.. Actually, adik aku yang beria-ria sangat nak ke sana, aku pun bawak lah. Dia nak pi sana sebab nak beli sandal.. murah jugak la kat sana. tuptup, kebetulan si sayangku tu tak beli lagi baju melayu, so dah jumpa, beli laa.. RM50.00 sepasang.. murah kan.. sedondon gituu dengan aku.. Kelaas kau ainn -,-
Terkebetulan jugak, aku jumpa cadar yang sememangnya aku dok cari yang murah2.. sehelai RM16, so aku grab 2 helai.. sumpah cantik.. Jalan lagi, jumpa beg!!! Obses dengan beg, apit beli la kat aku beg untuk aku bawak pegi kelas RM30.00... Belian terakhir, tudung.. cari tudung putih untuk upacara rasmi masa kat UMK nanti.. RM35 ada bunga kat atas kepala.. tudung tuu dari Kelantan (: so, memang cantik la..

Serrr, balik2 try, baju apit besar sangat... lengan tu, sampai tutup ibu jari tangan.. lawan kan.. so, kena tukar la esok malam :D

#maaf takdak gambar untuk semua barang yang dishopping.. nanti lepas raya, baru aku upload kat sini.. kalau upload sekarang, nanti tak surprise laa korang semua dah tengok.. heee :P

Salam Lebaran (:

Dikarang Oleh : Cik Ain


Tips Kahwin Muda & Cara Berhadapan dengan Ibu Bapa :D


Assalamualaikum (:
Perkahwinan merupakan salah satu tuntutan Islam yang wajib sekiranya seseorang individu tersebut mempunyai kelayakan dan cukup syarat untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami ataupun isteri. Dalam masyarakat kita pada hari ini, tidak ramai yang memilih untuk melaksanakan perkahwinan dalam usia yang muda. Muda disini adalah dalam lingkungan 20-24 tahun.
Usia sebegitu seringkali dianggap sebagai belum cukup dewasa atau matang bagi memenuhi tuntutan dalam perkahwinan. Namun ianya bukanlah satu masalah yang tidak boleh diselesaikan. Terdapat beberapa tips bagi mereka yang ingin mendirikan mahligai perkahwinan seawal usia 20-24 tahun.
Berikut adalah tips-tips yang boleh anda cuba ikuti :-
1- Anda harus menonjolkan akhlak dan peribadi yang baik kepada ibubapa, adik-beradik, saudara mara serta orang sekeliling. Sahsiah diri yang terpuji mampu meyakinkan ibubapa untuk ‘melepaskan’ anda ke dunia lain yang lebih mencabar iaitu perkahwinan.
2- Tunjukkan kematangan anda dalam setiap pekerjaan yang anda lakukan. Baik dari segi membuat keputusan mahupun dalam berfikir dan bertindak. Kematangan dalam kepimpinan juga penting bagi lelaki yang ingin mendirikan rumahtangga seawal usia yang muda.
3- Jaga ibadah dan amalan sebagai seorang Muslim yang baik. Lakukan amalan wajib dengan sempurna dan tingkatkan amalan-amalan sunat yang lain sebagai persediaan rohani sebelum bergelar pasangan suami isteri.
4- Beritahu keluarga dan orang-orang terdekat anda bahawa perkahwinan yang bakal anda dirikan bukanlah berlandaskan nafsu semata-mata. Akan tetapi perkahwinan yang anda ingin dirikan adalah sebagai memenuhi salah satu tuntutan ibadah dan tanggungjawab seorang Muslim.

5- Anda juga perlu menunjukkan sedikit sumber pendapatan yang anda miliki sekarang bagi meyakinkan ibubapa anda untuk anda berumahtangga. Sumber tersebut adalah seperti gaji bulanan, side income serta simpanan anda terdahulu. Bagi yang masih belajar, usahakan untuk mencari side income sendiri dengan melakukan kerja-kerja luar (part-time) ataupun berniaga sendiri secara kecil-kecilan. Ini penting sebagai keyakinan kepada ibubapa bahawa anda mampu untuk menganggung pasangan seawal usia muda.
6- Buat pasangan yang masih belajar, letakkan usaha dan ilmu di tahap yang tertinggi. Pastikan perancangan anda untuk mendirikan perkahwinan tidak mengganggu pelajaran dan fokus anda sebagai pelajar. Fahamkan pasangan dan ibubapa tentang komitmen utama anda. InsyaAllah mereka akan menyokong dengan baik.
7- Jalankan tugas dan tanggungjawab anda dengan lebih baik dari kebiasaan bagi 'membeli' kepercayaan dan keyakinan ibubapa dan pasangan yang anda mampu menjalankan tanggungjawab sekiranya berkahwin kelak.

8- Anda perlu bijak dalam melakukan perbincangan bersama keluarga bagi menyatakan hasrat anda berkahwin seawal usia yang muda. Cari mood yang baik dan pastikan kesemua tips-tips di atas sudah dipenuhi. Bawa berbincang dan tunjukkan kesungguhan anda dalam perkara ini. Ambil hati ibubapa anda supaya mereka dapat mendengar dengan baik dan tidak membantah. Minta juga nasihat dan pendapat dari mereka.
9- Sekiranya cadangan dan permintaan anda ditolak, jangan berputus asa. Teruskan usaha dan tunjukkan kesungguhan yang mendalam terhadap perkara ini. InsyaAllah lama-kelamaan keyakinan dan kepercayaan ibubapa anda akan datang dan mereka sendiri akan menanyakan semula permintaan anda untuk berkahwin. Terus berdoa usaha dan tawakal.InsyaAllah.

Saturday 11 August 2012

UMKian to be (:

Assalamualaikum (:


Tudiiaaa logo Universiti yang bakal aku diami tak lama lagi.. hanya tinggal dalam beberapa hari ja lagi.. Rasa sedih la pulak bila masa semakin dekat untuk aku berposah dengan keluarga aku ni. Masa pergi matriks dulu pun aku nangis jugak. tapi takdak la nak nangis meraung tak tentu pasal.. just keluarkan air mata suci ni je.. maklumlah nangis untuk mak, memangla suci.. BHAHAH.. 

Ni, aku  baru ja dapat semua surat tawaran yang abg posmen hantar.. Aku punya la pulun print, ya lah..takut tak sampai.. ramai sangat kan dia nak hantar ke rumah.. sebagai langkah keselamatan, akupun print la semua sekali. . tapi, dah sampai ni.. ak nak buat cenna tau??? hat yang aku print nuu, dah siap lekat gambar lagi dah.. aku nak continue isi atau nak isi yang depa hntar tuu hah?? senang isi je lagi kan...

Barang barang pun aku dah beli dah.. dengar macam banyak ja kan.. padahal, sikit jee.. tapi yang sikit tuu la sampai RM120... duit nak masuk, kemaaiiinnn ketat.. keluar, macam air jee.. tak suruh keluar pundia nak keluar jugak.. haish... hidup2!! kena pandai berjimat tau....


ni la barang2nye...


maaf tak rotate-,-


banyak sangat duit nak pegi sana.. Alhamdulillah, aku dah pun selesaikan urusan homestay.. homestay tuu aku terlupa nama dia dan sRM100/malam.. berbalaoi la kan. nak pegi tidut jee pun janji ada tempat untuk kami sekeluarga bersiap dengan selesa.. kalau kami sikit, aku ingatnak ambil bilik jee kat ayna guest hotel kat bandar Jeli tuu.. memandangkan kami agak ramai, so aku ambil rumah laa.. dok sekali semuanya kan best.. Yang pergi rerami tuu sapa lagi hah?? hum family aku satu keta, kakak aku satu keta, sepupu aku satu keta.. Depa pun sebenarnya nak jugak pergi jalan jalan kat Jeli nu.. walaupun orang sana kata tak dak apa, depa kata tak pa, boleh la lajak pi KB ka... sakan nooo... 

#sedih cam pur tak sabar pulak nak pi sana ni... :D

jumpa lagi di entry seterusnya,,,...

Dikarang oleh : Cik Ain





Monday 6 August 2012

KMK again (:

 Assalamualaikum (:

KMK again?? buat apa? kau biar betul?? dari Kulim pi Changlun lagi buat paa???

Sebenarnya aku mai KMK ni sebabnya aku nak sangat berbuka dengan kawan kawan aku yang ada kat matriks ni, nama dia Fahana. hee, twins aku la kot masa kat matriks ni. aku ada jugak ajak kawan aku yang tinggal dekat Changlun ni nama Anne dengan Tikah, tapi diorang tak dapat nak datang harini, so mungkin esok diorang datang..

Okayy, harini kami berbuka di EDC Hotel kat UUM, dan yang agak memalukan, aku hanya pakai  track suit dan T shirt biasa,. cikgu tak bagitau pun nak berbuka kat situ, tup..tup.. sampai sana je. aku pun pegi dengan muka yang sangat selambe tapi hati, mak aiiiii!! cikgu, kenapalah tak bagitau kami dulu.???? nak tengok tempat dia??? actually, bukan tempat tu yang kami snap sangat pun, muka kami je yang lebih lebih.. heee.. tengok eh..


ni nur alya batrisyia (:

baju koko, Fatin Athirah (:

Fahana Yucca (:

Saidatul Atiah (:


tiru gaya kawan aku -,-

baby comel (:




saya cute kan :D               




Sunday 5 August 2012

berita sedih :(

Assalamualaikum (:

lama jugak aku tak update belog ni. aku sebenarnya sibuk sikit nak uruskan macam macam hal.. berita sedih yang aku maksudkan ialah mak mertua kakak aku atau lebih mesra dengan panggilan mama telah sambut panggilan ILAHI. mama menghidap penyakit lung cancer carcinoma telah menghembuskan nafas yang terakhir pada 27 julai 2012 bersamaan dengan 7 Ramadhan 1433H. Arwah meninggalkan tiga orang anak yang masing masing dah besar. Abang ipar aku pada mulanya tak dapat nak terima kenyataan yang maam telah pergi, tapi, atas nasihat keluarga, abang ipar aku merelakan pemergian mama tersayang.

Arwah jugak meninggalkan anak seorang anak perempuan yang sekarang ini sudah bergelar ibu kepada seorang anak lelaki yang bernama Akmal Dani. Aku panggil kakak tu Kak Yin je.. Dan mama jugak ada anak lelaki yang paling bongsu yang sekarang berumur 17tahun. SPM okayy!! Kehilangan mama disaat diri sangat memerlukan bukanlah satu benda yang mudah untuk diterima.. sabaryaa Wawan.. Tak pe Wawan, keluarga kak ain ada untuk wawan.. memang tiada yang akan sama dengan yang telah pergi, tapi ingatlah bahawa Allah tidak akan mengirimkan sesuatu ujian melebihi batas kemampuan hambaNya..

Aku pun terasa dengan pemergian mama sebab mama orang yang sangat sayangkan kami sekeluarga. Arwah mama banyak nasihat aku tentang pelajaran memandangkan aku anak mak aku yang akan melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. kali terakhir aku tengok mama, masa mama datang rumah aku makan tengahari.. masa hari pengebumian mami hena, air mata aku tak henti henti mengalir
sebab mengenangkan nasihat mama yang seakan akan masih terngiang ngiang kat telinga aku. dan aku jugak membayangkan aku ada di kedudukan anak anak mama,.. sedih sangat :(

Yang menambahkan lagi kesedihan aku, bila tiba masa nak menurunkan jenazah ke dalam liang lahad. sangat memilukan.. itulah saat terakhir untuk sekalian manusia untuk melihat jenazah. Aku tengok abang ipar aku turun untuk sambut jenazah mamanya dengan wawan. Buat kali terakhir untuk pegang arwah mama yang tercinta. Dan aku nampak abang ipar aku menangis teresak esak. lagi lah aku sedih.. seusai bacaan talqin oleh tok imam masjid Kuala Ketil, dan sedikit tazkirah oleh pembantu imam, semua pulang ke rumah masing masing denga hati yang sedih dan pilu.

Sekian :(