Tuesday 23 April 2013

2 months left

Assalamualaikum :)

Hai lagi 2 bulan aku akan meninggalkan zaman bujang ku serta merta dan memikul tanggungjawab yang amat berat dan bertambah ahli keluargaku, In Shaa Allah. :)

JUJUR, AKU TAKUT! 

Kenapa perlu takut? Aku sendiri pun tak tahu apa yang aku takutkan.


  1. Mungkin title ku akan bertukar?
  2. Mungkin sebab aku akan tinggal dengan mertua? 
  3. Mungkin sebab aku tak reti masak?
  4. Mungkin takutkan suami? HAHAH ini lawak! :D

Haa sebab yang ke 2 tu, aku nak explain ni. Previous post haritu aku ada cakap yang bakal suamiku dah beli rumah. Actually rumah tu ayah dia yang punya, jadi dia beli dari ayah dia. Rumah tu ayah dia sewakan pada orang. Jadi haritu bakal ayah dan mak mertua aku sembang dengan aku, kata depa suruh kami tinggal dengan depa atas sebab aku tak selalu balik, nanti rumah tu kosong jugak. Jadi takut barang-barang dalam rumah rosak. Lagipun penyewa sekarang bayar sewa dengan smooth je tiap-tiap bulan. Mak ayah dia cakap nanti duit sewa tu dapat kat husband aku jugak. Jadi rezeki lebih kan. Ikut cakap orang tu ni tak rugi. Tambah bahagia. In Shaa Allah :D

Hm pasal preparation, aku dah buat :

HIV test kat hospital Kulim, (Kerajaan tau)
Tempah baju sepasang (laki+perempuan)

And then yang aku terkejutnya, semalam mak aku call cakap mak dia nak buat kenduri bulan 6. I mean hujung bulan 6. Alhamdulillah, Allah dengar doa aku.

"Jika kita meminta pada Allah hal kebaikan, maka Allah akan permudahkan segala urusan kita"

Moga Allah redha dan beri kami peluang untuk hidup sebagi suami isteri yang sah disisi NYA. Bimbinglah saya ke jalanNYA. In Shaa Allah kita akan bahagia jika menjadikan ikatan ini, ikatan kerana Allah :))

Aku mencintaimu kerana Allah Muhammad Afiq Bin Mahinan :)

Entry ditaip oleh : Madam To Be :D








Wednesday 10 April 2013

To do list/done list maybe?

Assalamualaikum

Tetiba nak buat entry pasal ni. Hee, maklumlah, even bulan 7 majlisnya, aku kena buat persiapan dari sekang sebab aku bukan macam bakal pengantin perempuan yang lain, maybe dah kerja or duduk rumah saja. i'm still a student. FIRST year student. Jadi, masa tak banyak kat rumah, banyak kat asrama. Hanya cuti2 sem ni ja aku ada masa nak settlekan segala hal. Mula-mula rancang nak engage midsem break nih, tapi tak jadi sbb ada masalah sikit. Then, bakal suamiku (aceewahh), busy dengan training bola sepak. Almaklumlah org terpilih main bola JPS Malaysia. JPS= Jabatan Pengairan & Saliran. Alhamdulillah, rezeki dia.
Jadi, aku sorang ja yang kena uruskan semua hal ni memandangkan aku balik cuti seminggu, 4 hari dia takdak kat rumah sebab pegi training. *Sigh

Nasib baik aku ada cousin2 yang sudi membantu. Bagitau aku segala procedure yang mana pengting and HAVE to do first. Lagipun, aku ramai cousin perempuan dan yang masih fresh baru kahwin pun ada. Jadi, sikit sebanyak aku tau la procedure yang terkini. Things i've done:


  • Baju nikah & baju melayu (pinkish peach)
  • samping & butang baju melayu
  • baju pengantin laki & perempuan (sepasang)
Kenapa sikit sangat baru siap? Sebab pihak lelaki tak datang rumah hantar duit lagi, tu yang baru boleh buat sikit2. Nak tgk to do list? :

  • Hiasan bilik tidur
  • meja makan
  • rewang (nak masak/makan apa?)
  • barang hantaran
  • accesories baju/tudung
  • kad kahwin
  • doorgift
  • HIV test
  • surat menyurat (deal dgn Tok Imam) lub dub lub dub
  • Interview kat pejabat agama
ha? See! banyak lagi benda yang aku kena settle. Ok aku nak ingatkan sapa yang nak kahwin macam aku sekang ni, (ingatkan diri sendiri jugak la) JANGAN SESEKALI MEMBELAKANGKAN IBU BAPA!!!
Satgi depa kcik hati dengan kita, tak guna seduit pun. Tanya la depa baik-baik, nak buat macamna, bincang sedetail yang mungkin. sebab apa-apa nanti, mak bapak jugak yang dipersalahkan. nauzubillahiminzalikk

Hampa mesti pelik kan awat aku tuleh baju semua macam buat satu majlis ja. Yes! absolutely correct. Nak tau sebab apa kami buat satu majlis ja? sebab, rumah aku dengan dia dekat sangat, kentut pun dengaq! HAHAH, takdak la cenggitu. Selang 3 bijik rumah ja pongg. Sebab tu, nak seb, buat kat rumah aku dengan panggilan kedua belah pihak sekali. Alhamdulillah, Allah permudahkan lagi :') sayang Allah

And lagi satu, dia dah beli rumah dari ayah dia. Jadi dia dah ada rumah sendiri! Alhamdulillah lagi :')
Sykur padaMU Allah. Lepas je kahwin, balik rumah le.. Honeymoonnnnn :P Mohon jeles sekang jugak!
Ha, sebut pasai honeymoon kan, bakal suami aku cakap, paling dekat Pulau Langkawi, paling jauh kat BULAN.. ngee, pandai laka-laka. cubit kang! Hmm, itu masih dalam perancangan la nak kemana tuh. 
 
Dan Alhamdulillah lagi. sebab kami dah pi kursus kahwin masa 12 dan 13 Mei 2012 dulu. hah, awai tak kami pi? Eksaited! tak tau pun dapat kwen awai. Rejeki loh kata org indon. Maap pak! Alhamdulillah, berkat restu mak abah, dan mak ayah, urusan kami smooth je. Alhamdulillah :') 

Restu Ibu Bapa bermakna restu Allah

Tarikh yang dibincangkan secara kasar ialah pada awal bulan 7, before puasa weh! 5 Julai 2013 akad nikah dan esoknya majlis :) Tak sabar, Allah, sabarlah wahai hati ku. seriously eksaited tau. Mudah-mudahan urusanku spermudahkan oleh Allah. jujur aku cakap, aku kahwen kerana mencari keredhaan Allah, aku nak hidup dalam keberkatan dan kasih sayang sesama makhluk dan Allah. In Shaa Allah, Allah dngar kata hatiku :')
Biarlah apa org nak cakap, aku tak ambil peduli as long as parents aku and parents in law support aku top to toe, its sokay dan cukup Alhamdulillah :)

Inilah jalah entry nya. Aku cuma nak share perasaan yang tak toghah lately ni. nanti kad dah siap, aku post lagi bagi alamat :') 

Ditaip oleh : Madam to be!! :P

Syukur

Assalamualaikum

I'm going to get married soon..

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah 

Thanks Allah :) I Love You Allah, Mak & Abah

& Future Mak & Ayah in Law :'))