Tuesday 23 April 2013

2 months left

Assalamualaikum :)

Hai lagi 2 bulan aku akan meninggalkan zaman bujang ku serta merta dan memikul tanggungjawab yang amat berat dan bertambah ahli keluargaku, In Shaa Allah. :)

JUJUR, AKU TAKUT! 

Kenapa perlu takut? Aku sendiri pun tak tahu apa yang aku takutkan.


  1. Mungkin title ku akan bertukar?
  2. Mungkin sebab aku akan tinggal dengan mertua? 
  3. Mungkin sebab aku tak reti masak?
  4. Mungkin takutkan suami? HAHAH ini lawak! :D

Haa sebab yang ke 2 tu, aku nak explain ni. Previous post haritu aku ada cakap yang bakal suamiku dah beli rumah. Actually rumah tu ayah dia yang punya, jadi dia beli dari ayah dia. Rumah tu ayah dia sewakan pada orang. Jadi haritu bakal ayah dan mak mertua aku sembang dengan aku, kata depa suruh kami tinggal dengan depa atas sebab aku tak selalu balik, nanti rumah tu kosong jugak. Jadi takut barang-barang dalam rumah rosak. Lagipun penyewa sekarang bayar sewa dengan smooth je tiap-tiap bulan. Mak ayah dia cakap nanti duit sewa tu dapat kat husband aku jugak. Jadi rezeki lebih kan. Ikut cakap orang tu ni tak rugi. Tambah bahagia. In Shaa Allah :D

Hm pasal preparation, aku dah buat :

HIV test kat hospital Kulim, (Kerajaan tau)
Tempah baju sepasang (laki+perempuan)

And then yang aku terkejutnya, semalam mak aku call cakap mak dia nak buat kenduri bulan 6. I mean hujung bulan 6. Alhamdulillah, Allah dengar doa aku.

"Jika kita meminta pada Allah hal kebaikan, maka Allah akan permudahkan segala urusan kita"

Moga Allah redha dan beri kami peluang untuk hidup sebagi suami isteri yang sah disisi NYA. Bimbinglah saya ke jalanNYA. In Shaa Allah kita akan bahagia jika menjadikan ikatan ini, ikatan kerana Allah :))

Aku mencintaimu kerana Allah Muhammad Afiq Bin Mahinan :)

Entry ditaip oleh : Madam To Be :D








No comments:

Post a Comment