Thursday 26 July 2012

Salam Ramadhan :D

Assalamualaikum (:

masih belum terlambat rasanya kalau aku nak ucap selamat menyambut bulan ramadhan, bulan yang penuh mulia.tahun ni, 21 Julai 2012 bersaman dengan 1 Ramadhan 1433H umat Islam satu Malaysia telah diWajibkan berpuasa padaNya. Suasana bulan puasa ni lain dari bulan yang lain sebabnya bulan ni Allah bagi banyak sangat ganjaran pada hambaNya yang rajin beribadah kepadaNya. dan yang bet nya, syaitan laknatullah pun dah kena rantai habeh dan tak dapat kacau manusia untuk beribadat kepada Allah, cuma ada nafsu saja pada kita manusia. tu yang ada manusia yang ketegaq takmau posa tu.. ish, ish, apa laa nak jadi.. Nauzubillah -,-

tahun ni aku berpuasa dengan keluarga aku kat rumah. maklumlah tahun lepas puasa kat matriks.sedih tau puasa tanpa keluarga disisi. ramai kawan kawan aku yang sekarang puasa dorang kat tempat pengajian dorang, aku dah pernah rasa, paling sebak time sahur.. berbuka tak rasa sangat sebab ramai, dengan kawan kawan..
tahun ni aku bersyukur sebab aku tak rasa teringin nak makan apa pun selain juadah yang mak aku masak.masakan mak memang takdak tandingan. even nasi putih dengan telur mata pun sedap dah..kalau beli kat bazaar banyak2 pahtu belum tentu makan, buat apa?? jangan membazir okayy !!

bulan puasa ni jugak tak lengkap kalau takdak teraweh.. teraweh,seronok sangat sangat.. rasa lengkap puasa kita. dan masa teraweh tu, boleh curi curi tengok tok imam.. *orang nak pi sembahyang, hg gatai..  bukan gatai la, tengok tu time kalau ada tazkirah. sekarang dah ramai imam teraweh tu, budak budak tahfiz yang dijemput khas untuk mengimamkan solat sunat muakat tu. time tu yang si gadis bila terdengar bacaan si pemuda, sangat sejuk hati.. rasa macam nak miliki ja si tahfiz tuu dengan sah.. *winkwink, pernah rasa dulu.. gatai lagi...


mercun?? hah, lagi la sinonim digandingkan bila dah buka puasa.. lepas je solat maghrib tu, semua budak budak tambah dengan yang dah tak budak pun pi main mercun. yang agak tua tu main yang lagi bahaya, meriam!! haeish, main mercun ni ibarat hampa ambek duit hampa, bakar ja...sama ja macam rokok.. seronok sat jaa... pahtu mula la masuk berita pasal hampa yang sendiri cari pasal tu.. kesian kat pembaca berita kena hebah pasal hampa tiap tiap tahun.. 


Dikarang oleh : Cik Ain



Saturday 21 July 2012

Nope :D

Assalamualaikum (:


S3K3P4



my twin (:

again S3K3P4/sem2


best moment S3K3P5/sem1


tercinta (:


terima habuan (:


KAKOM KMK (:


JOHAN kawad kaki praktikum sem1 (:


Lab Biology (:

Sekian (:

Friday 20 July 2012

jeng jeng jengggg.... :D

Assalamualaikum (:

Pada 16 Julai yang lalu * tuudiaaa macam nak mula karangan sekolah ja.. semua bakal mahasiwa/wi, dah tau dimana dorang dan aku punya tempat penempatan U masing masing... Aku dapat kat Jeli, Kelantan... Jeli?? sempadan Kedah je pun, takla jauh sangat.. 3jam journey... *kurang sikit kot Homesick tu.. hihikk..
Kampus kat Jeli tuu baru je siap dibina.. jadi kami yang masuk kat U tu kira FIRST batch... 1st batch okayy!! maksudnya, kami dapat barang semuanya masih baru dan bau simen... wahahah..
Nama fakulti aku, Fakulti Asas Tani.. Number matrik pun dah ada... aku ingat masa kat matrik ja panggil kad matrik, rupanya semua pusat pengajian panggil macamtu.. hee, aku sama fakulti dengan beberapa kawan aku masa aku kat matrik dulu.. walaupun tak sama kos, mungkin boleh satu bilik ka.. haaa...

okayy, aku dah pun baca surat tawaran yang dia taip kat tenet tuu... Yuran, Ya Allah, mahal jugak... RM2060 sekali dengan yuran sem 1.. tapi mak aku kata sapa yang masuk U, check sampai rumah.. tak pasti aku.. harap harap sampai laa.. ringan sikit beban mak abah aku.. Dan dah pun beli pin number kat BSN untuk mohon pinjaman PTPTN, akaun SSPN pun dah ada.. serius banyak sangat urusan yang aku kena uruskan.. aku kena buat sendiri semua, aku takmau susahkan mak abah aku.. cuma tolong bawak aku pi mana tempat yang aku nak berurusan.. esok aku nak kena pi Bank Islam nak kena bukak akaun untuk duit PTPTN masuk.. Bank tuu bergantung atas U masing masing.. surat bagai aku tak sempat lagi nak print.. sangat banyak, kawan aku kata hampir 50keping dan ada yang nak kena aku isi dengan pen.. medical checkup tak buat lagi, setem hasil 2keping RM10 satu pun tak beli lagi... haish, sumpah banyak sungguh benda nak kena buat, kena kuat dan cergas serta cakna dalam semua benda.. sekali lalai, you  will lost the things!!
#cehh speaking pulop..

Kelantan?? boleh dikatakan sebagai negeri yang agak Islamic.. wayang tarak, karoke tarak... bagus, aku tak payah pi habiskan wang.. hee, Allah dah rancangkan semua ni.. kita ja yang tak tau.. dalam surat tawaran tu jugak ada aku baca, kalau ada upacara rasmi waktu siang, mahasiswa yang Islam, kena pakai baju kemeja lengan panjang warna aputih dan seluar gelap serta BERSONGKOK... yang mahasiswi (Islam), baju kurung putih, kain gelap, tudung putih, kasut dan stokin yang gelap.. yang non-muslim, pakai baju lengan panjang dan kain labuh gelap.. huu, macam sekolah tak? heee... mungkin ada hikmah disebalik semua peraturan tuu.. hee... agak agak, ada tak mahasiswi Muslim yang beli baju sekolah?? :D

dan ada jugak tertaip, kalau T shirt lengan panjang, kena labuh tutup punggong.. bagus kan?? sukaaa... :)
kena  pakai tudung, kan ada U yang bebas kalau taknak pakai tudung pun.. tapi UMK, nope!!
All Muslim mahsiswi MUST wear tudung and no for baju ketat... (: even kalau ronda ronda kat kelantan kan, sapa yang tak tutup aurat, kena saman... Bagus!! bila la peraturan tu akan jadi perturan negara Malaysia?? renung2kan, dan selamat beramal :D

ok, sebenarnya post ni aku ambek masa dalam agak beberapa hari untuk publish, sebab aku terlalu sibuk sangat.. aku dah uruskan semua urusan yang berkaitan dengan bank, dan aku jugak dah beli setem hasil, dah dapat pun kad Bank Islam, cuma permohonan PTPTN ja 1 Ogos ni baru boleh buat... surat surat bagai semua aku dah print.. ya, RM16.50 total!! agak mahal, tapi aku sanggup ja.. sekarang ni tinggal nak beli barang barang keperluan ja hujung bulan ni bila dah dapat gaji.. aku rasa seronok dah puas hati bila agak semua urusan aku, aku guna wang hasil titik peluh aku sendiri.. Terima Kasih Ya Allah sebab bagi peluang kat aku.. :D


gambar passport



sayang (:

Salam Ukhwatul Fillah (:
Salam Ramadhan :D
Ya habibi ya rasulullah (:

Dikarang oleh : Cik Ain


Sunday 15 July 2012

Syukur (:

Assalamualaikum (:

Dah gembira?? Alhamdulillah,. aku dapat macammacam khabar gembira dan kata kata semangat dari mak, dan kawan kawan aku.. aku rasa semangat aku yang hilang tah ke mana semalam tu dah ada semula.. syukur.. kawan aku cakap, walaupun dapat U macam mana pun, asalkan score tuu yang sangat penting..
Aku ada ramai kawan dari kelantan dan ada yang asalnya dari kelantan.. aku dah tanya pasal perkembangan daerah kat sana.. UMk ada 2 tempat.. kat Jeli dan dekat Kota Bharu.. kalau kat Jeli, sana agak ulu, kemudahan kurang, dorang kata, nak cari kedai makan pun susah sangat kalau kat jeli...

kat KB tengah pekan.. stesen bus dekat, shopping complex, pizza hut dan marry brown pun ada,... tapi kat KB campus kecik ja.. kalau kat jeli memang besar sebab baru siap...senang sikit kalau kat tengah pekan ni.. hu, bukan nak enjoy okayy!! lagipun aku ada kawan sorang yang belajar kat kptm pengkalan chepa.. dekat ja dengan kb..10 minute ja.. nanti dia boleh bawak aku jalan jalan kat sana.. kawan kawan aku yang asalnya kelantan, semua dapat belajar jauh2.. mungkin Allah nak bagi aku merasa macam mana keadaan dok kat tempat orang... belajar untuk berdikari.... -,-

Ada satu lagi, ni mungkin berita gembira untuk aku yang ketinggalan zaman ni... aku baru ja boleh buat acc skype!! bukan aku tak buat sebelum ni, cuma tak boleh nak connect! aku pun tak paham... aku saja la try buat malam ni, Alhamdulillah... berjaya ada acc skype.. nick name utk skype aku, ainan931.. sapa sapa yang baca entry ni, add la aku... hee, perasan ada orang baca pulop... -,-

ainan??? bukan aku tiru nama Ainan Tasneem tuu okayy!!. dah dia suggestkan untuk aku yang tuu.,.. aku tgk macam best je nama  tu.. aku pun accept je la... hee (:  sempat aku berskyping dengan Aisyah Ali tadi... first time skype!! syok!!,.. patutlah kawan aku dulu skype dengan bf dia sampai pagi.. tapi kami dua guna broadband ja, so line kacau.. boleh skype kejap je...lagipun aku tak boleh dengar suara dia sebab laptop dia problem... dia jaa yang boleh dengar aku... -,-



#aku semangat nak pi UMK!!
#UMK!!, tunggu aku... (:

Salam Ukhwatul Fillah(:
ya habibi ya rasulullah (:

Dikarang oleh : Cik Ain

Saturday 14 July 2012

Tamparan Terhebat :(

Assalamualaikum :(

kenapa sedih tuu?? nak type entry kalini pun rasa macam tak dak semangat yang tinggal..
harini, 13 July 2012, segala persoalan dah terjawab bagi pelajar lepasan STPM/Matrikulasi/Asasi/Setaraf iaitu keputusan UPU.. rasa nak luruh jantung aku dengan tawaran yang aku dapat... bukan aku tak bersyukur dengan apa yang Allah dah bagi kat aku.. Aku ditawarkan kos Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan(Keusahawanan Teknologi Pertanian dengan Kepujian) di Universiti Malaysia Kelantan, UMK... OUT OF MY LIST dalam UPU.. aku lansung tak mintak UMK dan tak terlintas lansung nak mintak.. lari daripada dapat kat Pantai Timur.. Aku bukan tak hargai pemberian Allah, tapi.. aku rasa macam aku tak boleh bawak, sebab aku dah tgk setiap semester apa yang aku akan belajar.. Aku rasa macam semangat aku dah hilang, makan pun tak selera... Ya Allah -,-

Yang aku agak pelik la kan, kawan kawan aku yang lain semua dapat U yang depa apply, yang aku, satu pun tak dapat yang aku apply.. aku sangat serabut waktu sekarang,... aku dah buat keputusan nak buat rayuan.. mak aku pun setuju aku nak buat rayuan... Dan kawan kawan aku nasihat dan pesan kat aku supaya jangan lupa buat solat sunat istikarah mohon petunjuk Allah.. mungkin Allah nak uji aku, nak tgk sejauh mana aku bersyukur dengan pemberianNya dan sejauh mana kuatnya aku nak hadapi ujian yang tak seberapa ni.. tadi pun aku ada call lecturer aku, aku sebak masa cakap dengan lec aku.. nangis pulop.. huuu :'(

ramai jugak antara kawan kawan aku yang dapat Unimas, UMS, jauh... tapi depa pegi dengan rela hati.. perasaan orang yang dapat program pengajian yang dorang pilih sendiri dengan yang DITAWARkan, tak sama... -,- Aku tumpang gembira kat kawan kawan aku yang dapat U yang korang mintak.. Bagi yang senasib dengan aku, apa kata kita try buat rayuan, mana tau kot kot rezeki kita.. insyaAllah... (: *bagi semangat kat diri seniri!!  


aku jugak nak ucap terimaksih yang sangat sangat tak terhingga kat mak aku, sebab mak aku lah orang yang paling eksaited sekali nak tau anak dia ni dapat U mana,,.. maklumlah anak dia yang pertama yang akan jejakkan kaki ke menara gading... aku tgk keputusan UPU pagi tadi pun dengan mak aku,,.. dan walaupun aku dapat U dan kos yang aku tak suka, mak aku tetap senyum, sebab nak bagi semangat kat anak dia ni supaya kuat.. aku sangat bangga dengan mak aku sebab mampu tahan dengan apa yang aku mampu bgai dan terima dengan penuh syukur.. Dan mak aku tak pernah putus bagi nasihat dan semangat yang kuat kat aku since aku sekolah.. mak aku lah tempat aku bergantung, tempat aku mengadu.. Sayanggg mak!! (:
Takdak pengganti mak.. -,-

#no spirit at all..
Ya Allah, KAU tahu apa yang aku tak tahu, tunjukkanlah jalan yang terbaik untukku... aku mohon!!

Salam Ukhwatul Fillah (:
ya habibi ya rasulullah (:

Dikarang oleh : Cik Ain









Friday 13 July 2012

Only pictures :D

Assalamualaikum (:

sebelum pegi kejaa (:

Miss Ain (:

gedik :D

Dinner Seri Laka :)

Thursday 12 July 2012

Hee :D

Assalamualaikum (:

Hello teman teman... apa khabar semua? sweet sweet saja kah? Aku takut+gelisah+ketaq
=sakit perut sebab esok result penempatan U dah keluar.. teruk kan aku ??? laa, dah aku jenis macamtu nak buat macamna.. -,-

Aku risau sangat kalau kalau aku dapat course yang aku tak mau dan yang aku tak minat.. memang la orang kata kalau belajar tak boleh dok ikut minat minat semua tu.. tapi kalau tak minat, aku takut tak boleh carry ja.. Allahukbar!! semoga aku dapat U dan course yang aku harapkan.. aminn.. -,-" U mana?? Course apa??? nin dia nak habaq pi... Aku apply banyak U jugak untuk pendidikan.. nama penuh course tuu, Izajah Sarjana Muda Sains dengan Pendidikan.. kalau UITM, aku apply untuk course Teknologi Pemakanan, Sains Kimia, Kejuruteraan Kimia dll.. tapi hati aku kuat mengatakan yang aku akan dapat course pendidikan tuu.. InsyaAllah, aku harap sangat dapat yang tuu.. kalau dapat yang tu, aku rasa lega dan semangat sangat dah nak masuk belajar..

Dan ada atu lagi benda yang aku akan pastikan aku akan buat masa aku kat U nanti, aku nak daftarkan diri masuk Palapis.. Askar Wataniah macamtu la.. tapi, dia ada temuduga nak masuk tu pun.. Fitness ofkos la kena fit!! aku fit?? Berangan boleh -,- tapi mulai sekarang, aku kena banyak buat eksesais sebab nak bagi badan solid macam dulu semula.. aku nak jugak masuk!! nak jugak !! nak JUGAKKKK!!! hah, dah nak jugak masuk, kena azam la, nak fitkan badan balik.. jangan asyik nak fitkan badan atas katil ja... huu -,-
tapi aku ada masalah otot kat bahagian bahu kiri.. otot aku bengkak.. sometimes sangat sakit, sometimes tak rasa macam ada bahu.. huh? pelik kan, tapi tuu la yang aku alami sekian lama sejak sekolah,.... aku takut nak pi check.. aku rasa sakit sejak aku mula terlibat dalam sukan sofbol.. kan game tuu rajin sangat hayun tangan, baling bola.. hayun tangan pun ada cara dia cheq ooiii.. silap hayun, jadi macam aku ni la.. aku ingat lagi, sakit ni sejak team sekolah aku friendly dengan sekolah Taman Kenari... Aku nak pukui bola, bola tuu jadi 'ball', so aku silap pi hayun.. sakit sangat!! 'ball'?? sapa yang main game ni, tau la kan kan kan -,-


Aku harap dengan kelemahan yang aku ada ni, tak menjejaskan aku untuk masuk wataniah.. dan aku tak payah susah susah risau pasai mata aku.. 'mungkin akan ada ujian rabun'... dulu memang aku pakai cermin mata, tapi Alhamdulillah, mata kau semakin baik, walaupun sekarang ni kadang kadang aku tak nampak, aku tak mau pakai spek jugak, nak biasakan mata aku dengan takdak spek.. hee :)

Sampai sini dulu la aku gedik kat sini (:

Salam ukhwatul fillah (:
ya habibi ya rasulullah (:

Dikarang oleh : Cik Ain

Tuesday 10 July 2012

Untittle :D

Assalamualaikum (:

Aku ada satu perasaan belas kasihan yang sangat tinggi.. even pada orang yang aku tak pernah kenal langsung. lagi aku kesian kalau tgk orang tua-tua jalan sorang2, meniaga sorang2... lagi kesian kalau yang dok kat rumah orang tua-tua.. kalau aku pegi TESCO, kan ramai pekerja asing dok buat keja kat situ, aku paling kesian kalau tgk depa kena marah.. mungkin Allah dah campakkan dalam hati aku perasaan belas kasihan pada makhluk Allah yang sangat tinggi.. Aku bersyukur sangat..

satu hari, aku baru balik dari makan malam kat luar dengan family aku.. mak aku pun singgah kat kedai runcit ni nak beli barang.. kat depan pintu masuk kedai tu, ada kucing betina tgh nanges kuat "meowmeowmeow".... tgk2 apa tau?? dia tgh sakit nak meahirkan anak dia dlam keadaan tak berbaraing dan kawasan yang tak selesa,... aku dapat tgk air ketuban or in English, amniotic fluid pecah okayy!! depan mata aku.. tengok2 anak dia yang sulong dah keluar.. tudiaa sulong!!.. MasyaAllah, kuasa Allah.. -,-
perasaan kesian tebai gilaa dalam diri aku.. sepanjang aku tgk tuu, aku tak henti2 berdo'a supaya Allah permudahkan urusan dia melahirkan anak.. aminn (:"

hum, tauke aku belikan aku mee goreng.. dia makan sikit gila, aku yang dia suruh makan banyak.. dia cakap, "kalau u punya berat badan tak naik sampai 70kg, tak boleh behenti keja"... yo lah tu.. hee, sejak aku keja kat sini, rezeki aku, Alhamdulillah melimpah ruah... (:  tauke aku baik, tak berkira bab makan... ada haritu dia beli kat aku nasi lemak 3 bungkus, aku limit pun 2 bungkus ja.. ada jugak pernah beli roti canai 3 biji, 1 roti telur, 2 biasa... hu, sayang nak bazir, aku bagi habis jugak..


ni la mee gorengnya -,-

teh herba (:

Alhamdulillah, rezeki aku (;

Salam ukhwatul fillah (:
ya habibi ya rasulullah (:

Dikarang oleh : Cik Ain



Demi Cinta Allah :D


Dia ingin berubah. Dia ingin jadi seperti dahulu. Sentiasa mengingati Allah, sentiasa takut akan azab-Nya, sentiasa taat pada perintahn-Nya, dan sentiasa jaga batas pergaulan. Dia yakin dan percaya, perempuan yang dijaga oleh Allah, pasti tidak akan membenarkan mana-mana tangan lelaki menyentuh dirinya.
Namun, takala dia merasakan dirinya cukup bahagia dengan hidayah Allah, Allah menguji dirinya. Allah menghadirkan dirinya dengan seorang lelaki yang menuntut balasan cinta. Dirinya dimewahkan dengan kata-kata pujian, dengan gurindam rindu dan madah-madah cinta yang sebelum ini tidak pernah meneroka hati dan jiwanya.
Dia percaya cinta dari Allah, tapi dia lupa itu bukan caranya. Dia alpa. Hatinya sudah tidak seperti dahulu. Hatinya dilimpahi rasa rindu si jejaka. Rindu si nafsu yang mengwar-warkan kemanisan cinta manusia. Bukan dia tidak sedar dia sudah berubah, bukan juga dia tidak sedar bahawa ketenangan hati yang pernah dianugerahkan oleh Allah semakin menjauhi. Dia menutup kesedaran itu dengan janji dan kata-kata cinta si jejaka.
Dia sudah jauh dari hidayah Allah. Imannya rapuh, syaitan menari-nari tatkala dia membenarkan tangan rakus si jejaka menyentuh dirinya bersama alunan syahdu janji kekasih. Tempat yang sepatutnya dia jaga, didedahkan. Kononnya yakin si jejaka adalah suaminya.
Tidakkah dia takut dengan dosa atau dengan azab Allah?. Ya, dia sedar tetapi separa sedar. Rasa sayangnya pada jejaka itu mulai melebihi segalanya. Namun, syukur pada Allah, Allah masih sayang padanya. Jejaka itu gagal menawan mahkota dirinya. Saat dirinya berutus cinta, dia masih lagi solat, dia tidak lupa tanggungjawabnya. Namun mungkin solatnya masih tidak sempurna lalu robohlah benteng imannya dipukul ombak nafsu cinta manusia.
Allamdullilah. Allah menurunkan hidayah pada dirinya. Di saat jejaka menyepikan diri seketika, dirinya dilanda rasa berdosa. Mengingati kembali dosa-dosa yang dilakukan, mengalir air mata kekesalan. Disaksikan kegelapan malam, dia bangun untuk bersolat taubat. Menangislah dirinya sepuas-puasnya. Dia memohon petunjuk pada Allah, dia ingin kembali, kembali atas cinta. Demi cinta Allah yang tidak pernah berpaling dari hidupnya dia nekad untuk berubah. Namun hatinya sedikit takut akan janji Allah.
"Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan begitu sebaliknya."
Apa yang patut dia lakukan kini. Dia mula merasakan dia bukan dari kalangan wanita yang baik-baik. Tidak layak untuk sesiapa. Dia menutup pintu hatinya seketika dari cinta manusia yang bernafsu yang mengeruhkan kolam keimanannya yang pasang surut. Sehingga ditakdirkan Allah untuk dirinya bertemu dengan seseorang yang mencintainya kerana Allah.
"Demi cinta Allah yang ku kejar, kuatkan hatiku untuk bertahan, berikan ku kecerdasan akal untuk sentiasa berfikir tentang kuasaMu, hulurkan pertolonganMu di saat-saat aku hampir tewas, sinarkan nur hidayahMu untuk aku terus di jalanMu. Ya Allah! Aku memohon keampunan kepadaMu."
salam ukhwatul fillah (:

Campur Baur -,-

Assalamualaikum (:

kenapa tajuk entry kali ni macamtu?? -,-

Act, aku nak cuci gambar... tapi aku tak dak duit, aku nak pinjam dulu la kat mak aku, nanti akudapat gaji, akau bayar balik.. tapi mak aku tak bagi aku cuci gambar.. mak  aku kata, simpan lah duit tu nanti nak masuk U nak guna banyak duit.. aku ni jenis kalau benda yang aku nak tapi tak dapat, aku jadi bad mud terus... aku pun tak mau rasa macamtu... aku nak ubah diri aku supaya boleh terima pendapat orang yang mendatangkan kebaikan kat aku ni.. haih, aku keluar naik moto terus mai keja, cakap apa pun tak.. aku rasa berdosa buat mak aku macamtuu... Apa yang mak aku cakap tu semuanya betul.. aku ni dah la boros, kalau tak dak sapa la yang tegur aku, memang aku akan buat apa yang aku nak sesuka hati aku,... Astaghfirullah :(

okayy lupakan pasai tuu... pagi tadi kawan sekolah aku mai kat tempat keja aku ni.. mai jumpa aku.. ya Allah rindunyaa kat diorang... Terima kasih ya Allah kerana Engkau telah pertemukan kami kembali walau sekejap...banyak yang dah berubah.. kawan kawan aku dah semakin matang, cantik... Terima kasih ya Allah (:  diorang datang sebenarnya nak pegi rumah aku.. dah memandangkan aku keja, so tak boleh... tuu yang diorang datang kat kedai tuu... hee, diorang  baru habeh exam Malaysian University English Technology, MUET... harini speaking -,-  "i can see ur point but....... " ayat yang selalu candidates guna.. wahaha, kenangan time buat MUET adalah kenangan yang sangat lucu bagi aku... lawak, aku main hentam jaa cakap... "bla bla bla.." padahal satu habuk pun tak faham :p


Salam UKhwatul Fillah (:
ya habibi ya rasulullah (:

Dikarang oleh : Cik Ain







Monday 9 July 2012

Kenangan Terindah :)


Assalamualaikum (:



Aku sangat obses dengan kawad kaki. aku mula kawad kaki masa umur aku 10 tahun,.. tapi masa tu aku kawad Pandu Puteri :p start masuk sekolah menengah, tingkatan 1, aku daftarkan diri aku dalam unit beruniform Kadet Remaja Sekolah sampai la Tingkatan 5. Aku diberi kepercayaan untuk memegang pangkat Sarjan masa aku Tingkatan 3 dan Staff Sarjan masa Tingkatan 4. waktu aku sekolah dulu adalah waktu kegemilangan aku.. bukan maksud kegemilangan tuu aku ni hebat sangat.. TAK!!! cuma time sekolah tu aku banyak terlibat dengan aktiviti yang sekolah, daerah, dan negeri anjurkan.. Peringkat yang paling tinggi pernah aku sampai time sekolah, kebangsaan la. Kem Karnival Luar Murid Peringkat Kebangsaan tahun 2009 kat Kem Singkir, Merbok, Kedah.. Kedah jadi tuan rumah masa tu. Antara kem yang sangat seronok yang pernah aku join.. aku takka pernah lupa semua tu.. aku rindu suasana kem tu. Andai dapat aku undurkan masa, aku nak balikk ke masa kem tuu. tapi, aku bukan Tuhan, aku tiada kuasa tuu.. kita hanya dapat menikmati saat indah sekali saja Allah bagi dan akhirnya Allah campakkan rasa rindu kan kenangan tu.. cewaaahh ayat!! podaaahh... -,-

hah, berbalik ke kawad kaki,... aku dah masuk matriks pun aku tetap dengan kawad jugak. kat matriks panggil Kadet Remaja Matrikulasi. Team kat matriks tak sama macam kat sekolah, kat sekolah satu team 31 orang, kat matriks, satu team campur laki dan perempuan 21 orang ja termasuk ketua platun. sikit kan? tapi yang sikit tuu la menciptakan kenangan yang tak pernah aku rasa sebelum ni.. dapat satu team kawad yang dah  macam adik beradik. nama team aku, Phoenix Rovers yang diilhamkan oleh salah sorang jurulatih kawad kami merangkap senior batch 2010/2011... setiap asam garam hubungan kami, kami selesaikan dengan baik dan akhirnya penat lelah kami mendapat hasil diluar jangkaan.. kami JOHAN KAKOM (:
hilang terus rasa letih, penat dan lelah kami.. aku sayang team aku (:  Bila boleh jumpa lagi ?? :(

maaf tak berapa clear -,-
perasmian KAKOM di KMS (:
Pantai Morib (:
Dinner KAKOM (:

Phoenix Rovers :)



Love (:

nilah kitorang !! happy yak kitorang?? hee, aku harap suatu hari nanti kitorang akan dipertemukan Allah SWT.. aminnn (:

Salam Ukhwatul Fillah (:
ya habibi ya rasulullah (:

Dikarang oleh : Cik Ain

Alhamdulillah (:


Assalamualaikum (:


aku jatuh hati bila tiap kali baca blog Puan Mira & Encik Muhsin (: diorang baru umur 20tahun, tapi diorang dah kahwin dengan restu keluarga dua belah pihak dan dengan izin ALLAH SWT... they had been together almost 7 years okayy!! not 7days... sekarang diorang terpisah kerana pelajaran.. diorang masing2 masih menuntut kat Universiti yang berlainan dan sangat jauh.. Puan Mira belajar kat Unimas, Encik Muhsin pula belajar kat UKM.. diorang sangat kuat dalam menghadapi perpisahan yang sangat sukar aku rasakan untuk aku hadapi, tapi diorang hadapinya dengan tabah dah tidak pernah berhenti berdo'a agar rumah tangga diorang utuh.. aku sangat tertarik akan cerita diorang ni, setia sungguh sampai ke jinjang pelamin.. kalau aku duduk kat tempat Puan Mira, aku rasa macam tak sanggup ja nak berpisah dengan husband yang tersayang.. tapi, demi mengejar cita-cita, diorang harungi jua... cehh, buat tacing pulak kau ni ain.. heee


Aku jugak tertarik dengan post Puan Mira 'Dulu Aku Biasa2'... post Puan Mira tuu more tu gaya penampilan.. aku suka sangat baca dan ada jugak ayat Puan Mira tu macam aku dulu dan aku yang sekarang.. cuma aku tak sesempurna macam Puan Mira ): *aku bahasakn Puan Mira dengan PM okayy!! heee....
dulu PM pakai biasa ja, selipar yang cantik cantik tak pakai stokin, tak pakai handsock, tudung bawal yang agak jarang tuu.. tapi sekarang, aku lagi tertarik sebab PM dah menutup sepenuhnya,.. tak pernah lupa untuk pakai semua tuu, malahan ada yang PM pakai berlapis lapis taknak bagi nampak sikit pun.. Subhanallah (:

PM jugak dapat suami yang sangat mengambil berat dalam bab pemakaian.. PM mesti sangat bertuah dan sangat bersyukur sebab dikurniakan suami sebaik EM (:


nak cerita pasal aku jugak lah.. aku dulu pun hanya sorang gadis biasa yang tak pernah sempurna dalam bab menutup aurat.. bukan nak bukak aib sendiri tau, cuma nak share yang dulu dan yang kini jee (:
dulu T-shirt lengan pendek pun aku pakai, jeans yang ketat sampaikan nak jalan pun nak kena tarik tarik..
tapi since aku dapat jadi pengawas kat sekolah masa Form5, aku pinjam dulu baju kakak kawan aku, kakak kawan aku tu sekolah agama, jadi labuh la tudung, baju tangan cekak,.. bermula dari situ aku fikir, kenapa tak aku teruskan pemakaian macamni jee... Alhamdulillah, ia terus kekal masa aku Form 5 sampai tamat sekolah.. tapi aku sedih jugak sebab kat sekolah ja aku pakai macamtu, kat luar, aku tetap macam dulu.. tetap pakai seluar entah apa apa.. aku nak sangat kekal macamtu, tapi masa tu baru aku tau yang istiqamah tu sangatlah susah kalau tiada yang membimbing.. Astaghfirullah:'(


tapi sebaik saja aku dah dapat tawaran matriks, aku dapat tengok suasana di tempat orang bila aku jauh dari keluarga.. aku kena belajar untuk berubah secara perlahan lahan.. tidak perlu untuk gopoh gapah.. kat matriks, ramai yang pakai tudung labuh, even masa orientasi, kami diberi ceramah PERCUMA oleh kakak2 fasi yang bertugas.. kakak yang banyak bagi ceramah tu nama kak faizah, kak mimi, dan ada lagi, lupa pulak -,- kakak2 tuu ceramah more tentang aurat perempuan muslimah.. aku sangat tertarik dengan tajuk yang dibincangkan dan ada jugak certain things yang membuatkan aku tertunduk waktu ceramah berjalan sebab terasa diri berada di tempat itu.. malu menguasai diri.. Ya Allah! Ampunkanlah dosa hambaMU yang hina lagi keji ini.. Hatiku berbicara.. :(


lama kelamaan, jatuh cinta dengan cara hidup KMK yang agak ISLAMIC.. aku sendiri tak tahu kenapa kalau aku selisih atau bercakap dengan orang yang bertudung labuh, muslimah, aku rasa malu yang teramat bila terpandangkan gaya pemakaian aku yang sederhana tanpa stokin, handsock.. Malu Ya ALLAH...
bermula dari itu, secara perlahan lahan aku mengubah diri aku ke arah yang Allah redhai.. syukur Jazilan yang teramat.. aku berasa sangat selesa berpakaian macamtu dan aku rasa tak ada mata yang melihat... dan Alhamdulillah penghijrahanku diterima baik oleh ibubapaku yang tersayang... dan sampai sekarang aku kekal dan suka dengan penampilan aku yang sekarang (:


Moga-moga Allah tetapkan Iman didadaku supaya Akhlakku terpelihara, ISLAMku tercinta (:


aku jugak mempunyai impian untuk bertudung labuh lagi dan kali ni, once aku dah berubah, aku akan pastikan ianya kekal.. aku ingin menjadi sorang isteri yang solehah bila sudah berumah tangga kelak. aku jugak tak mahu memberatkan lagi tanggungjawab yang suami ku galas kelak, biarlah dia hanya menambah apa yang kurang dalam diri ku agar aku menjdi sorang yang sempurna sebagai zaujatussolehah (: aminn -,-




salam ukhwatul fillah (:
ya habibi ya Rasulullah (:











winkwink :D

Assalamualaikum (:


hari hari aku dok gedik kat sini, sampai tak tau dah nak taip apa untuk entry kali ni. 
hum. pagi tadi pihak dari Kolej Komuniti Kulim ada call aku, dia cakap, aku dapat pegi untuk kursus Bahasa Inggeris. dia cakap, kalau aku taknak ikut kursus tu pun tak apa, kalau aku nak ikut lagi bagus.. nanti masa kat U, diorang akan buat jugak kalau aku tak ambil sekarang, kalau aku dah ambil dan dah dapat sijil , kat U nanti aku tak payah dah buat.. dan dia cakap lagi, nant masa aku kat U, aku mungkin terganggu dengan kelas dan mungkin tak ada masa nak pegi ambil kursus tu.. nanti kena cari Kolej Komuniti yang berdekatan pulak untuk buat kursus  tuu... haish, fenin ni nak pegi ke tak. aku tanya mak aku, mak aku cakap, pegi lah sekarang ni. nantilah aku pikirkan kembali.. -,-

harini tengah hari mak aku tak masak, sebab mak abah aku nak hantar kakak aku balik rumah dia kat Teluk Bahang, Penang. so, kebetulan harini orang tu tak peegi keja, Cuti okayy! bukan ponteng. orang tu datang ambil aku kat tempat aku keja dan kami pun pegi makan tengah hari. sejam aku rehat, so dia hantar aku semula kat tempat keja. 15 min kemudian, dia datang hantar kek dari secret recipe... memang aku suka sangat kek kat situ, sedaappp (: yummy... tau tak dia hantar 2 bijik!! bukan sebijik ja... Thanks sayang O_O

hari ni hujan, so orang tak ramai yang datang kedai. orang malas keluar, tidoq kat umah lagi syiokk.... aku ni punn naseb sebab keja ja, kalau kat rumah, mesti tidoq jugak laa... :p dan bila hujan, lantai kedai pun akan kotor sebab customer datang bawak apa yang ada kat kasut diorang.. heee.... tak pa, Customer is always right!! malam nanti nak tutup kedai, aku mop la, dah keja aku.. keja yang HALAL dan mengharapkan BARAKAH bila kita ikhlas buat sesuatu keja kerana Allah Ta'la.. (:

dah lama rasanya aku tak jumpa kawan baik aku yang aku sayang sangat tuu.. nama dia Aisyah Ali. dia sekarang study kat Kolej Teknologi Timur kat Sepang.. jauh tu.. aku pula tgh menghitung hari dapat U apa dan kat maana.... dia cakap, raya ni baru kami boleh kami jumpa balik.. nanti aku nak jumpa hang, nak sembang dengan hang banyak banyak, nanti kita sama sama study balik, tak tau bila lagi boleh jumpa pulak.. -,-

hah, aku punya la eksaited lebih nak masuk U, dah  list dah barang yang nak kena bawak dan yang nak kena beli nak masuk U.. eksaited sangat tak? hee, takpalah, aku keja pun sebab nak simpan wang nak beli barang2 nak pegi U.. -o-

Salam Ukhwatul Fillah (:
ya habibi ya Rasulullah (:

Dikarang oleh : Cik Ain

Sunday 8 July 2012

BerBBQ (:

Assalamualaikum (:


BBQ? sounds good!! 
Act, dari semalam lagi dah rancang nak buat BBQ.. BUT, pada mulanya kami sekeluarga dah planning lama dah nak pegi bercuti kat Tasek Beris, Sik.. sampai abah aku pun dah mintak cuti, aku pun dah mintak cuti kat boss dah.. tapi, last, tak jadi.. -,-  sebab, sepupu aku anak dia tak berapa nak sihat sikit... kami pun tak jadi lah pegi sebab nanti tak syiokk la anak dok nanges nanges kan.. nevermind, esok esok kan ada (:"


hah, berbalik ke tajuk kita yang asal okayy.. semalam kami.. |kami tuu, merujuk kepada keluarga aku, dan keluarga maklang aku|, 2bijik kereta pegi tesco kat kulim nuu.. malam minggu pulak ann, ramai benoo manusie... tapi berebut2 syiokk jugak.. kami beli ayam, udang, daging burger, sosej, sos cili, sos BBQ, dan bahan bahan yang nak buat BBQ.. 


dan harini mak aku perap ayam, udang, ikan... petang tadi, aku, kakak aku, dan sepupu aku, Chaq nak bagi hidup api.. lambat woo nak bagi jadi bara tuu.. huh, tapi syiokk woo.. bila dah jadi jaa bara, bermula lah perjuangan membakar ayam dll (:  pembakaran.. tuudiaaa pembakaran!! berakhir pada jam 7.30 malam.. aku pun pegilah mandi, siap siap.. dan seterusnya MAKANNNNN -,-  habisnya makan, semua pakat cari tempat sandar sebab perut jadi boyot semuanya.. heee..


malam ni jugak aku try bukak laman UPU untuk check kemasukan ke Universiti.. aku takut gila sampai berpeluh kaki tangan aku punya ketaq.. huu, aku ni mmg kus semangat laa.. senak perut terus tadi.. aku try guna msg jee, internet lambat sebab kesesakan traffik.. lub dub lub dub jantung aku berbunyi... acecec, mentang mentang budak science, apply heartbeat nampak :P  tetiba msg sampai, 'RM0.20 UPU: semakan penempatan UPU hanya boleh dibuat pada 13 Julai 2012. Untuk maklumat lajut sila layari http://www.mohe.gov.my/portal.. fuhh, legaa hati aku bila baca tuu.. (: #cuak nak mampos.. 


#aku harap dapat la U yang aku idamkan.. dapat jugak aku tunaikan impian mak abah, & kakak aku nak tgk aku masuk U.. insyaAllah (:


Salam ukhwatul fillah (:

Saturday 7 July 2012

baru (:

ni kat Langkawi (:

insyaALLAH (:

muslimah, tetap gagah (:




sekian (:
salam ukhwatul fillah (:






Friday 6 July 2012

Malu -,-

Assalamualaikum..

awat pulop dengan  tajuk tuu... malu apa??

nin, tadi, ada 3 orang wanita+gadis muslimah+solehah mai nak tangkap gambar... orang orang yang aku maksudkan tuu orang kampung aku sendiri...

makcik dengan pakcik dekat kampung aku ni lepa buat nasi lemak ja juai.. lepa ni keluarga orang alim ulamak laa.. anak dia ada 10 orang.. perempuan 7orang, laki 2 orang.. YA ALLAH, anak anak lepa cantik cantik sungguh.. aku yang perempuan ni punn tgk berkenan.. putih putih gebu, ada lesung pipit, lembut, pakai tudung labuh, baju kurung selalu..

hah, tadi makcik tuu, dengan anak dia sakinah dan syafiqah mai nak tangkap gambar.. sakinah yang nak tangkap gambar.. aku tengok sakinah tu pemalu gilaa.... aku ni pun malu nak cakap dengan lepa.. maklumlah aku ni biasa ja kalau nak dibandingkan dengan lepa yang baikbaik, tudung labuh.. aku ma;uuu.. -,-

tangan aku ketaq daripada start tangkap gambar sampai la lepa keluaq balik daripada kedai.. aku mengucap syukur la sebab aku masih dapat tgk ada remaja yang mau lagi pakai pakaian yang menutup sepenuhnya.. aku harap aku pun akan jadi macamtu suatu hari nanti, insyaALLAH :D



10 sifat terpuji (:


Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Akhlak berasal dari perkataan al-khuluq. Al-khuluq bererti tabiat atau tingkah laku. Akhlak yang mulia adalah matlamat utama bagi ajaran Islam. Ini telah dinyatakan oleh Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam dalam hadisnya yang bermaksud :"Sesungguhnya aku diutuskan hanyalah untuk menyempurnakan akhlak yang mulia".
Abu Darda berkata, bersabda Nabi SAW maksudnya : "Tiada sesuatu yang lebih berat dalam timbangan seorang mukmin di hari kiamat daripada husnul Khulq (akhlak yang baik)." (Hadis Riwayat Tirmidzi)
Aisyah r.ha. berkata, "Saya telah mendengar Rasulullah SAW. bersabda, 'Sesungguhnya seorang mukmin yang dapat mengejar budi pekerti yang baik, darjat orang itu sama seperti orang yang terus menerus berpuasa dan solat malam'." (Hadis Riwayat Abu Daud)
Akhlak yang mulia adalah merupakan tanda dan hasil dari iman yang sebenar. Tidak ada nilai bagi iman yang tidak disertai oleh akhlak.
Rasulullah SAW bersabda maksudnya :  "Bukanlah iman itu hanya dengan cita-cita tetapi iman itu ialah keyakinan yang tertanam di dalam hati dan dibuktikan dengan amalan." (Hadis riwayat Ad-Dailami).
Jabir ra. berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : "Sesungguhnya orang yang sangat saya kasihi dan terdekat denganku pada hari kiamat nanti adalah orang terbaik akhlaknya. Dan orang yang sangat aku benci dan terjauh dariku pada hari kiamat nanti adalah orang yang banyak bicara, sombong dalam pembicaraannya, dan berlagak menunjukan kepandaiannya." (Hadis Riwayat Tirmidzi).
Sahabat yang dimuliakan,
Islam adalah ajaran yang benar untuk memperbaiki manusia dan membentuk akhlaknya demi mencapai kehidupan yang baik. Islam memperbaiki manusia dengan cara terlebih dahulu memperbaiki jiwa, membersihkan hati dan menanamkan sifat-sifat terpuji. Islam benar-benar dapat membawa manusia untuk mencapai kebahagiaan, kelapangan dan ketenteraman.
Sebaliknya manusia akan menjadi hina apabila ia merosakkan sifat, pembawaan dan keadaan dalam jiwanya.
Terdapat 10 ciri-ciri akhlak yang mulia akan menghiasi diri seseorang insan supaya ia menjadi seorang mukmin yang benar.
Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut :
Pertama : Bersifat warak dan meninggalkan perkara yang syubhat
Seorang muslim mestilah menjauhkan dirinya dari segala perkara yang dilarang oleh Allah SWT dan juga perkara-perkara yang samar-samar di antara halal dan haramnya (syubhat) berdasarkan dari hadis Rasulullah SAW bersabda maksudnya
:Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah Sallallahu'Alaihi Wasallam bersabda: "Sesungguhnya yang halal itu nyata (terang) dan haram itu nyata (terang) dan di antara keduanya ada perkara-perkara yang kesamaran, yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia. Maka barangsiapa memelihara (dirinya dari) segala yang kesamaran, sesungguhnya ia memelihara agamanya dan kehormatannya. Dan barangsiapa jatuh kedalam perkara kesamaran jatuhlah ia kedalam yang haram, seperti seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, hampir sangat (ternakannya) makan di dalamnya. Ketahuilah! Bahawa bagi tiap-tiap raja ada kawasan larangan. Ketahuilah! Bahawa larangan Allah ialah segala yang diharamkan-Nya. Ketahuilah! Bahawa di dalam badan ada seketul daging, apabila ia baik, baiklah badan seluruhnya dan apabila ia rosak, rosakkalah sekeliannya. Ketahuilah! Itulah yang dikatakan hati. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Adapun setinggi-tinggi pencapaian darjat warak adalah sebagaimana  Rasulullah Sallallahu'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud : "Seorang hamba (Allah) itu tidaklah termasuk dalam martabat golongan muttaqin sehinggalah ia meninggalkan sesuatu perkara yang tidaklah menjadi kesalahan (jika dilakukan tetapi ia meninggalkannya) kerana sikap berhati-hati dari terjerumus ke dalam kesalahan"
Kedua : Memelihara penglihatan.
Seseorang mukmin itu mestilah memelihara pandangan daripada melihat perkara-perkara yang diharamkan oleh Allah SWT kerana pandangan terhadap sesuatu (yang menarik itu) boleh merangsang syahwat dan boleh membawa ke kancah pelanggaran dan maksiat. Sehubungan dengan ini Al-Quranul Karim mengingatkat orang –orang mukmin supaya memelihara diri dari penglihatan yang tidak memberi faedah, firman Allah SWT maksudnya :
"Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang mereka perbuat". (Surah an-Nur ayat 30)
Nabi SAW bersabda maksudnya : "Hendaklah kamu memelihara pandangan kamu, menjaga kehormatan (kemaluan) kamu atau Allah akan menghodohkan wajah kamu." (Hadis Riwayat At Tabrani)
Ketiga : Memelihara Lidah
Seseorang mukmin itu mestilah memelihra lidahnya dari menuturkan kata-kata yang tidak berfaedah, memfitnah, berdusta, berbohong, memaki-hamun dengan perkataan yang buruk dan kotor, percakapan-percakapan kosong, mengumpat, mengeji dan mengadu domba.
Imam Nawawi rahimahumullah mengatakan. "Ketahuilah, seorang mukallaf itu sewajarnya menjaga lidahnya dari sebarang percakapan kecuali percakapan yang menghasilkan kebaikan. Apabila bercakap dan berdiam diri adalah sama sahaja hasilnya, maka mengikut sunnahnya adalah lebih baik berdiam diri kerana percakapan yang diharuskan mungkin membawa kepada yang haram atau makruh. Kejadian demikian telah banyak berlaku tetapi kebaikan darinya adalah jarang."
Sebenarnya banyak dari hadis-hadis Rasulullah Sallallahu'Alaihi Wasallam yang menerangkan keburukan dan bencana lidah ke atas empunya diri.
Nabi SAW bersabda maksudnya : "Tidaklah dihumbankan muka manusia kedalam neraka itu sebagai hasil tuaian (buruk) lidahnya"
(Hadis Riwayat Tarmizi)
Dalam hadis yang lain Nabi SAW bersabda maksudnya : "Bukanlah ia seorang mukmin (jika) jika ia suka menuduh, melaknat, bercakap kotor dan keji." (Hadis Riwayat Tarmizi)
Sabda baginda lagi maksudnya : "Sesiapa yang banyak bercakap, maka banyaklah kesalahannya, sesiapa yang banyak kesalahannya, maka banyaklah dosanya, dan sesiapa yang banyak dosanya, api nerakalah paling layak untuk dirinya."
(Hasid Riwayat Baihaqi)
Keempat : Bersifat Pemalu.
Seorang mukmin mestilah bersifat pemalu dalam setiap keadaan. Namun demikian sifat tersebut tidak seharusnya menghalangnya memperkatakan kebenaran. Di antara sifat pemalu seseorang ialah ia tidak masuk campur urusan orang lain, memelihara pandangan, merendah diri, tidak meninggikan suara ketika bercakap, berasa cukup serta memadai sekadar yang ada dan sifat-sifat seumpamanya.
Daripada Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya : "Iman itu lebih daripada 70 cabang, yang terbaik daripadanya ialah mengucapkan La ilaha illallah (Tiada tuhan yang patut disembah kecuali Allah SWT) dan yang paling rendah ialah membuang sesuatu yang menyakiti ditengah jalan, dan malu itu satu cabang daripada iman". (Hadis Riwayat Muslim, bab menerangkan bilangan cabang iman, bil. 153)
Berhubung dengan sifat malu ini para ulama mengatakan: "Hakikat malu itu ialah sifat yang menggerakkan seseorang itu meninggalkan kejahatan, dan menghalangnya dari mencuaikan hak orang lain.
Kelima : Bersifat Lembut dan Sabar
Di antara sifat-sifat yang paling ketara yang wajib tertanam di dalam diri seseorang mukmin ialah, sifat sabar dan berlemah lembut kerana kerja-kerja untuk Islam akan berhadapan dengan perkara-perkara yang tidak menyenangkan, malah jalan dakwah sememangnya penuh dengan kepayahan, penyeksaan, penindasan, tuduhan, ejekan dan persendaan yang memalukan. Halangan–halangan ini sering dihadapi oleh para petugas 'amal Islami sehingga himmah dan lemah lembut mereka menjadi pudar, gerakan menjadi lumpuh malah mereka mungkin terus berpaling meninggalkan medan dakwah.
Dari keterangan ini jelaslah, tugas dan tanggungjawab seorang pendakwah adalah satu tugas yang amat sukar. Ia bertanggungjawab menyampaikan dakwah kepada seluruh lapisan manusia yang berbeza kebiasaan, taraf pemikiran dan tabiatnya.
Firman Allah SWT maksudnya : "Tetapi orang yang bersabar dan memaafkan, sesungguhnya (perbuatan) yang demikian itu termasuk hal-hal yang diutamakan".(Surah al-Syura ayat 43)
Firman-Nya lagi yang bermaksud : "Dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada, apakah kamu tidak ingin Allah mengampunimu?".
(Surah an-Nur ayat 22)
"Dan apabila orang-oran jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata (yang mengandungi) keselamatan".
(Surah al-Furqan ayat 63)
Sabda-sabda Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam yang bermaksud : "Sesungguhnya seorang hamba itu akan mencapai darjat orang-orang yang berpuasa serta bersembahyang malam dengan sifat lemah-lembutnya."
Sabda Nabi SAW maksudnya : "Mahukah aku memberitahu kamu suatu perkara yang dengannya, Allah akan memuliakan binaan (kedudukan seseorang) dan mengangkatnya kepada beberapa darjat ketinggian. Mereka menjawab: Ya wahai Rasulullah. Baginda bersabda: "Berlemah-lembutlah kamu terhadap orang jahil, maafkanlah orang yang menzalimi kamu, hulurkanlah pemberian kepada orang yang menahan pemberiannya kepadamu dan sambunglah ikatan silaturrahim terhadap orang yang memutuskannya terhadap kamu."
Sabda Nabi SAW maksudnya : "Apabila Allah Subhanahuwata'ala telah menghimpunkan makkhluknya di hari kiamat, penyeru pada hari itu pun menyeru; "Di manakah orang-orang yang mempunyai keistimewaan". Baginda bersabda: Lalu bangun segolongan manusia dan bilangan mereka adalah sedikit. Mereka semua bergerak dengan cepat memasuki syurga lalu disambut oleh para malaikat. Kemudian mereka ditanya: "Apakah keistimewaan kamu". Mereka menjawab: "Adalah kami ini apabila dizalimi kami bersabar, apabila dilakukan kejahatan kepada kami, kami berlemah-lembut", lalu dikatakan kepada mereka: "Masuklah kamu ke dalam syurga kerana ia adalah sebaik-baik ganjaran bagi orang yang beramal"
Keenam : Bersifat Benar dan Jujur.
Seorang mukmin itu mestilah bersifat benar dan tidak berdusta. Berkata benar sekalipun kepada diri sendiri kerana takut kepada Allah SWT dan tidak takut kepada celaan orang. Sifat dusta adalah sifat yang paling jahat dan hina malahan ia menjadi pintu masuk kepada tipu daya syaitan. Seorang yang memelihara dirinya dari kebiasaan berdusta bererti ia memiliki pertahanan dan benteng yang dapat menghalang dari was-was syaitan dan lontaran-lontarannya.
Berhati-hati dan memelihara diri dari sifat dusta akan menjadikan jiwa seorang itu mempunyai pertahanan dan benteng yang kukuh menghadapi hasutan dan tipu daya syaitan. Dengan demikian jiwa seseorang akan sentiasa bersih, mulia dan terhindar dari tipu daya syaitan. Sebaliknya sifat dusta meruntuhkan jiwa dan membawa kehinaan kepada peribadi insan. Lantaran itu Islam mengharamkan sifat dusta dan menganggap sebagai satu penyakit dari penyakit-penyakit yang dilaknat.
Rasulullah Sallallahu' Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud :
"Sesungguhnya sifat benar membawa kepada kebajikan dan sesungguhnya kebajikan itu membawa ke syurga. Seseorang yang sentiasa bersifat benar hinggalah dicatat di sisi Allah sebagai seorang yang benar. Dan sesungguhnya sifat dusta itu membawa kepada kezaliman (kejahatan) dan kejahatan itu membawa ke neraka. Seorang lelaki yang sentiasa berdusta sehinggalah dicatat di sisi Allah sebagai seorang pendusta".
(Hadis Riwayat Muttafaqun 'alaihi)
Ketujuh : Bersifat rendah diri
Seseorang mukmin mestilah bersifat tawaduk atau merendah diri khususnya terhadap saudara-maranya yang muslim dengan cara tidak membezakan (dalam memberi layanan) sama ada yang miskin maupun yang kaya. Rasulullh Sallallahu'Alaihi Wasallam sendiri memohon perlindungan kepada Allah agar dijauhkan dari sifat-sifat takbur (membangga diri). Baginda bersabda maksudnya :
"Tidak akan memasuki syurga sesiapa yang di dalam hatinya terdapat sebesar zarah (sedikit) sifat takbur."
(Hadis Riwayat Muslim)
Di dalam hadis qudsi Allah berfirman maksudnya : "Kemuliaan itu ialah pakaianKu dan membesarkan diri itu ialah selendangKu. Sesiapa yang cuba merebut salah satu dari keduanya pasti Aku akan menyeksanya".
(Hadis Qudsi Riwayat Muslim)
Kelapan : Menjauhi sangka buruk dan mengumpat.
Menjauhi sangka buruk dan mengintai-intai keburukan orang lain. Oleh itu seorang itu mestilah menjauhi sifat-sifat ini kerana mematuhi firman Allah SWT maksudnya :
"Hai orang-orang yang beriman jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian dari prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang dari kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha penerima taubat lagi penyayang". (Surah al-Hujurat ayat  12)
Allah SWT berfirman lagi yang maksudnya : "Dan orang-orang yang menyakiti orang-orang mukmin dan mukminat tanpa kesalahan yang mereka perbuat, maka sesungguhnya mereka telah memikul kebohongan dan dosa yang nyata."
(Surah al-Ahzab ayat 58)
Dan Rasulullah SAW bersabda maksudnya :
"Wahai golongan yang beriman dengan lidahnya sahaja, sedang iman belum memasuki hatinya, janganlah kamu mengumpat orang-orang Islam yang lain dan janganlah kamu mengintai-intai keburukan mereka, kerana sesiapa yang mengintai-intai keburukan saudaranya, Allah akan membongkar keburukannya sekalipun ia berada di dalam rumahnya." (Hadis Riwayat Abu Daud)
Kesembilan : Bersifat pemurah.
Seorang mukmin mestilah bersifat pemurah, sanggup berkorban dengan jiwa dan harta bendanya pada jalan Allah. Di antara cara yang dapat menyingkap kebakhilan seseorang itu ialah dengan cara memintanya membelanjakan wang ringgit kerana berapa banyak dari kalangan mereka yang berkedudukan, berharta dan berpangkat gugur dari jalan ini, lantaran rakus terhadap mata benda. Di dalam al-Quran al-Karim sendiri terdapat banyak ayat yang menjelaskan ciri-ciri keimanan yang dikaitkan dengan sifat pemurah.
Firman Allah SWT maksudnya : "Orang-orang yang mendirikan solat dan yang menafkahkan sebagian dari rezeki  yang kami berikan kepada mereka."  (Surah al-Anfal ayat 3)
Firman-Nya lagi yang bermaksud : "Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan (di jalan Allah) maka pahalanya itu untuk diri kamu sendiri. Dan janganlah kamu membelanjakan sesuatu melainkan kerana mencari keredhaan Allah. Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan nescaya kamu akan diberikan pahalanya dengan cukup sedang kamu sedikitpun tidak dianiayai".(Surah al-Baqarah ayat 272)
Orang-orang yang bakhil atau kikir seharusnya mendengar dan mengambil pelajaran dari pesanan Rasulullah Sallallahu'Alaihi Wasallam maksudnya : "Tidaklah hamba-hamba Allah bangun di pagi hari, kecuali disertai dengan turunnya dua malaikat. Salah satu dari keduanya lalu berkata : 'Ya Allah berilah orang yang berinfaq ganti (dari barang yang diinfaqkan)'. Dan salah satu lagi berkata ; 'Ya Allah berilah orang yang menahan (bakhil) akan kerugian."
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Kesepuluh : Qudwah Hasanah (Suri teladan yang baik)
Selain dari sifat-sifat yang disebutkan di atas, seorang mukmin mestilah menjadikan dirinya contoh ikutan yang baik kepada orang ramai. Segala tingkah lakunya adalah menjadi gambaran kepada prinsip-prinsip Islam serta adab-adabnya seperti dalam hal makan minum, cara berpakaian, cara pertuturan, dalam suasana aman, dalam perjalanan malah dalam seluruh tingkah laku dan diamnya. Membina diri menajdi suri teladan merupakan peranan besar yang telah dilaksanakan oleh Rasulullah SAW.
Firman Allah swt yang bermaksud: "Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah " ( Surah al-Ahzab Ayat 21 )
Sahabat yang dikasihi,
Marilah kita beramal dengan 10 ciri-ciri akhlak mulia dan terpuji seperti yang dinyatakan diatas. Akhlak yang mulia dan terpuji adalah asset yang besar di dunia dan akhirat. Jika di dunia kita akan dikasihi oleh  manusia dan akan menjadi ikutan dan jika di akhirat akhlak yang mulia dan terpuji adalah menjadikan amalan yang memberatkan timbangan (mizan) kita di sana. Jadikanlah akhlak yang terpuji ini sebagai pakaian hidup kita dan menjadikan kita hamba Allah SWT yang diredai-Nya di dunia dan akhirat.
Artikel Oleh: https://www.facebook.com/abu.basyer
إِنَّا أَخْلَصْنَاهُم بِخَالِصَةٍ ذِكْرَى الدَّارِ
Sesungguhnya Kami telah menyucikan mereka dengan (menganugerahkan kepada mereka) akhlak yang tinggi, yaitu selalu mengingatkan (manusia) kepada negeri akhirat
(Surah As-Suad
38: Ayat ke 46)
 

Dunia Akhir Zaman -,-

Assalamualaikum (:

kenapa dengan tajuk kat ataih tu? hah, nin diaa.. sekarang ni macam macam sangat benda pelik tapi betui jadi. aku rasa macam takut sangat kalau hidup berakhir tanpa mengucapkan dua kalimah syahadah.. Subhanallah, naudzubillahiminzalik...

kita boleh tgk melalui remaja zaman sekarang.. awat pulop dengan depadepa tuu?? nanti sat, cheq nak cheqhita...

cuba saudara saudarii tgk kat luar rumah.. budak sekolah rendah  zaman sekarang ni, dah pandai dah dok bercintan cinton... hat sekolah menengan tuu tak pa la kot, buleh diterima la kan sebab lepa tuu dah besaq2, pandai dah kot pikiaq...
nin, baru masuk darjah 2, balik cerita kat kawan, "aku ada marka"... haish, budak budak...

tuu pasai budak sekolah.. hat yang dah tak sekolah cara tak sekolah.. konon dah pi belajar tinggi, pakaian pon kena 'tinggikan' habeh la noh..hamboihhh... ni tak berapa nak bekenan ni..

dulu kemainn kat sekolah pakai la tudung..kat luar terbang teruih tudung punn... alaa, sebab peraturan sekolah jaa... aik, peraturan sekolah ikut pulop.. peraturan ISLAM?? cenaa??  tuu la, zaman la ni, ramai yang ambek ringan pasai pasai aurat ni.. aku ni punn tak la sempurna nak tegur, tapi, aku yang perempuan sendiri rasa malu bila tgk perempuan la ni pakai baju supa tak pakai.,..

nak dapatkan perhatian laki kah? ya! absolutely correct!! mmg dapat perhatian laki pun.. dapat sangattt.. depa tuu adjust just nak main main ja.. nak buat awek nak bangga ada awek segak, HOT!!!..

tapi lepa nak cari bini macam mana? yang segak segak, yang pakai tudung, yang pakai baju pun tak nampak susuk.. laki la ni cerdik pandai pintar laa nak dapat yang elok mehh... jagalah diri dengan sebaik mungkin wahai Wanita..

kita ni adalah hiasan dunia. ALLAH lebih sayangkan kita berbanding laki..
cuba kita renungkan.. ALLAH dah cakap, kita yang perempuan ni hanya jaga beberapa perkara:
#jaga aurat
#jaga kehormatan diri
#jaga solat
#jaga puasa
#jaga kehormatan suami..

maka dengan mudah kita boleh masuk syurga dari mana mana pintu yang kita suka...
tak beruntung lagi kah wahai wanita?
bersyukurlah kita dijadikan sebagai wanita... (:
ALLAH syg, Nabi pun syg kita(:

ya habibi ya Rasulullah (:

ada jugak yang meringankan dalam bab halal haram makanan ni.. ISLAM hanya pada nama ja... tgk IC ISLAM, tapi masuk Pub, minum arak, telan pil khayal la paa la.. lepastuu terjadilah zina.. sebab tuu ALLAH mengHARAMKAN  arak untuk orang ISLAM sebab boleh menjejaskan akal fikiran menjadikan kita tak waras... setitik air setan tuu diteguk, 40 hari amalan tak diterima.. *maaf, kalau saya silap, if im not mistake la.. naudzubillah..


يَا أَيُّهَا النَّاسُ كُلُواْ مِمَّا فِي الأَرْضِ حَلاَلاً طَيِّباً وَلاَ تَتَّبِعُواْ خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ
Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu
(Al-Baqara 2: Ayat 25)
 jagalah diri kita sebagai MUSLIMIN terbaik (:

kita akan mengharapkan syafaat daripada baginda Nabi Muhammad SAW kelak (:
janganlah lupakan baginda (:

salam ukhwatul fillah (:






i love u so much (:



Kekasih


Kasih telah terbina sebuah mahligai 
Menjadi tanda Agungnya cinta kita
Kasih telah ku binakan sebuah istana
Menjadi tanda cinta sejati

Megah menghiasi taman kasih kita
Dan diringi haruman firdausi
Dikaulah permaisuri di hati suami
Penyejuk mata penenang di hati

Tapi angin yang mendatang
Bagaikan badai yang melanda
Kau pergi dulu tanpa menunggu ku
Kerna takdir ku relakan jua

Kekasih akan ku pahatkan doa ku
Di dalam lena dan jua jagaku
Kekasih akan ku sirami pusaramu
Dengan cinta sejati

Andai takdir kita bersama lagi
Ku ingin hidup bahgia bersama mu..

keistimewaan WANITA (:





Allah berfirman:

“Ketika aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan. “aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya.

“aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak- anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakitinya aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungihatinya.”

“aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu.”

“Dan akhirnya. aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan.”“Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada.”

Sesungguhnya wanita itu terlalu istimewa...

:D

Bunga-bunga cinta..

tak pernah terlintas dibenakku
saat pertama kita bertemu
sesuatu yang indah tumbuh dalam gundah
harum dan merekah

tulus hatimu buka mataku
tegar jiwamu hapus raguku
membuncah dihati
harapan nan suci
menyatukan janji

bunga-bunga cinta
indah bersemi diantara harap
pinta padaNYA
TUHAN tautkanlah cinta dihati berpadu indah
Dalam Mihrab Cinta...

Asmirandah & Dude Harlino
OST Dalam Mihrab Cinta (:

hah, kenapa tetiba ja aku post lagu kat atas ni??
sajalah, aku suka ja lagu ni, langsung tak jemu bila dengar.. ayat dia... perghhhhh buat aku gila bayang sorang sorang.. hahaha

semalam aku kat rumah nak update la blog aku ni, aku tak tau kenpa tak boleh, dia keluar 'blank page' je.. penat la tunggu, aku pon pi la tidoq... semalam jugak, aku balik dari tesco, kakak aku dari penang samapi.. sepupu aku pi ambek kakak aku.. abang ipar aku kena masuk hutan 2 minggu kat hutan pahang... tuu la keja forest ranger kan..

harini la jugak... #la, kenapa nak sedih pulop..??
sabar la sat, baru nak cita ni.. nin, orang tu pi dah negeri sembilan.. dia pi pagi tadi dengan jabatan dia.. dia pi sana untuk lawan futsal antara jabatan kerajaan kot agaknya.. harap harap dia tak cedera, balik dengan selamat.. aminn (:

aku ni teringin sangat nak tukar pakai handfone baru,.. aku teringin handfone sony experia solar yang baru tuu.. harga dia cantik jugak. dalam 900 macamtu. aku mana la nak ada wang sebanyak tuu.. gaji bulan pun tak lepas nak beli.. mana nak simpan nak ambek lesen. nak beli handfone pulop??? dok pikiaq pikiaq, tak payah tukar lagi lah buat masa la ni.. pakai yang mana ada dulu la... nanti ada wang lebihan.,beli lah kan.. aku ni bukan anak orang senang yang kalau nak apa pon dalam sekelip mata boleh dapat.. aku dah biasa susah, jadi aku tak mau  mak abh aku susah sebab aku pulop... huhuh , cukuplah abah aku dah beli moto kat aku, senang nak gerak pi mana pon.. Alhamdulillah (:

*nanti ada cita lagi, aku gedik lagi kat sini (:
salam ukhwah fillah(:
salam jumaat (:


Thursday 5 July 2012

At Last (:

Alhamdulillah...

akhirnya, impian nak buat banner untuk blog aku ni, dah berjaya dengan jayanya...
ni semua dengan tunjuk ajar daripada kawan aku yang dok kat Langkawi.. sapa lagi kalau bukan hana lulu, blog dia nin diaa..., http://hanameowmeow.blogspot.com/..
siap ada lagu lagi... aku pon nak boh lagu jugak la... *tak malu tiruu orang :P

aku satgi malam habeh ja keja, nak pegi giant dengan mak abah kesayangan aku nak pegi beli cd software adobe photoshop.. aku tak reti guna pon sebenarnya, tapi boleh belajar kan.. aku ingat nak beli buku dia sekali... biarlah la ni belajar 'manual' dulu, nnti baru 'auto'... heheh :D

haa... sebut pasai auto manual ni, aku nak ambek lesen moto keta.. aku ni dah lambat la kan.. kawan kawan aku yang lain semua dah ada lesen .. dah boleh bawak pi jalanjalan pon.. aku ni pi mana?? takpa, tunggu sat, aku ada lesen nanti, aku pi mana yang aku suka.. hahah, tuudiaa perangai!!

salam ukhuwatul fillah (:


kejaa... (:

Assalamualaikum (:

dah sebulan aku keja kat kedai nikko master ni.. dah lama jugak aku tak update aku punya blog kesayangan aku ni.. terasa rinduu la pulop nak gedik panjang panjang kat blog aku ni :D

keja aku kat sini, topup, select gambar kalau ada orang nak cu ci gambar.. aku suka tunggu kat mesin cuci gambar... mesin tuu beso gile...masuk keja pukul 11 pagi, habis tak tentu.. kadang kadang pukul 9 atau 9 lebihlebih... lumrah keja kan, time nak tutup kedai tuu la orang ramai mai...

tangkap gambar selalunya orang nak buat passport, boaderpass, international passport, lesen meniaga, lesen memandu, masuk kolej dan macammacam lagi laa...
aku kalau boss suruh tgkap gambar, aku jadi takut... aku tak reti sangat nak tgkap gambar formal, gedikgedik boleh la...

tangkap gambar kena betulkan posisi badan, semua kena betul, aku dengan berat hati buat ja lah.. kena pegang pulop tuu.. tapi aku pikiaq, berlapik, keja ja.. buat ja lah..

nanti aku upload gambar baru... sekarang tengah keja, tak boleh update panjangpanjang..

salam ukhwah fillah (:
salam nisfu syaaban (:
ya habibi ya rasulullah :D