Wednesday 6 March 2013

Khabar Gembira

Assalamualaikum :)

Hello semorang. Sihatkah kalian? Moga kalian semua sentiasa dalam redha NYA

Actually aku nak cerita pasal benda yang sangat buat aku dan dia gembira. Nak tau padiaa??
ce buat jari kat dagu, mata ke atas, macam org tgh fikir tu la kan.
Aku mulakan dgn Bismillah :)

Actually, aku dah lama rancang nak kahwin dgn dia since aku kat matriks lagi. But, mak aku cakap, settlekan matriks dulu, then second year kat U baru boleh kahwin. Aku pun masa tu macam kecewa jugak, but then, setelah aku solat semua, rasa ok la cadangan mak aku tu. Then, lepas je aku dah masuk U, suddenly mak aku cakap, "takpayah kahwin lagi lah Ain oi. Belajaq dulu sampai grad". And i was like, "mak, dulu mak kata boleh bla bla bla..." sambil pintal2 hujung bantal. HAHA gatai sgt gamaknya nak kahwin

Sekang aku dah pun bergelar mahasiswi. First year lagi hah. Masa cuti sem haritu, mak aku pegi kenduri rumah dia, mak dia buat kenduri kecil-kecilan. Mak aku pun pegi lah jalan terkedek-kedek dgn abah aku. Maklumlah rumah kami selang 3 biji rumah ja pun. :P Mohon jeles skang!
Dah boyot perut, pulang lah merpati dua sejoli tuu terkedek-kedek. Hmm sampai je kat rumah, mak aku panggil "Ain, oo Ain, mai sini sat, mak nak sembang dgn hang sikit"(org tua2 pggl anak dara mcm cita P. Ramlee)
Aku pun dgn ayunye pegilah duduk depan mak aku. Then mak aku cerita :

Mak : Tadi mak tanya Ayeh (Adik buahati pengarang jantungku muda setahun dgn abgnya), bila hang nak kahwin? Aisyah(girlfriend mangsa) dah grad kan?

Ayeh : InsyaAllah, hujung tahun ni jadilah mak ngah(nama pggilan kampung). Igt nak buat sekali dgn abg long(nama pggilan dia dlm keluarga)

Mak dia : kami dah bincang dah Mah oii, nak bagi depa ni kahwin buang la senang, nak habaq kat hang, takot hang marah, sebab Ain dok belajaq lagi.

Abah : benda baik buat apa bak marah, lagi suka.

Mungkin ada lagi apa yg depa bincang, tapi ini yg mak aku cerita.

And i was like, Ya Allah, terima kasih kerana Engkau mendengar do'aku ini Ya Allah :')
Setelah dibincang-bincang, hujung tahun ni merisik dan majlisnya InsyaAllah masa aku cuti sem3 nanti bulan 1.
Allah akan mudahkan hal kita jika kita sering memudahkan hal org lain. :')

So, nak jadi isteri org ni bukannya senang, banyak halnya yang nak kena uruskan. InsyaAllah, dgn bantuan Allah, moga kami kuat dalam menghadapi ujian, dugaan ini. Dalam nak buat kebaikan, memang banyak halangannya. Jadi, berdo'alah supaya Allah beri kekuatan pada kita agar kita terus bangkit. :)

InsyaAllah :)


No comments:

Post a Comment