Friday 30 November 2012

Phoenix Rovers :))

Assalamualaikum (:

Hello peeple.. bersua kembali.. Ehh?? bukan baru update ka tadi?? saja la nak update lg, sebb tak dak keja sekarang nih, tengah free la kata kan.. HAHA

Phoenix Rovers?? apakah?? nin dia aku nk cerita bagi kat hampa. aku ringkaskan jd PR okayy.. Actually, pr ni nama team kawad aku masa kat matriks, KMK, changlun.. Kisahnya bermula begini..........

Tanggal 4/6/2011 adalah satu tarikh dimana pemilihan kawad secara besar-besaran telah dilakukan di kmk. Antara pensyarah yang terlibat ialah, En.Kherul Jefri bin Jamen dan Miss Nurul Fatni Bt Abdussyukur. pemilihan dibuat pada pkul 5 petang di tapak kawad berdekatan dengan dewan kuliah besar 1 dan 2. Aku di antara yang hadir pada masa tu. Aku sangatlah berharap yang aku terpilih sebab yang hadir masa pemilihan ialah seramai 200++, then lec nak hanya 21 orang termasuk ketua platun. Harapan nak dapat sangatlah tipis tauu.. At first, En.KJ telah asingkan peserta mengikut tahap penyertaan dalam kawad kaki sepanjang kehidupan depa, wahaha, dan mengasingkan ketua platun, dan aku salah seorang daripada mereka. Aku diberi tugas untuk mengetuai kumpulan tahap penyertaannya daerah.. 3 hari berlakunya pemilihan tersebut, aku, dan pr telah disatukan pada tanggal 6/6/2011. Tarikh ni sangat bermakna bagi aku dan takkan sesekali aku lupakan, InsyaAllah selagi aku bernafas.

Masa nilah aku kenal kawan-kawan baru dalam team ni.. mula-mula sangat lah awkward tau nak kenal dengan depa-depa tuu.. tapi bila dah kenal, hanya Allah saja yang tahu. meh aku sebut nama depa sengsorang dan asal dari mana okayy. Muhd Arif dari Alor Setar, Muhammad Azam dari Kelantan. Nik Faizal juga dari Kelantan, Wan Neq Syaqir dari Kelantan, Akmal Hafifi dari errr?? ^^, Muhd Hanafi dari Kedah, Muhd Syafiq dari Selangor, Sky Teh Jin Yee dari Penang, dan Muhd Faiz juga dari err?? HEH.. nila boboy kami.. and start with gegel.. Me, Norain dari Kedah, Nurul Atikah dari Kedah, Mazean dari Perlis, Nur 'Ain dari Kedah, Hafizah dari Kedah, Nieza dari Kedah, Fatin Athirah dari Kedah, Nor Fahana dari Kedah, Wan Nur Ezra Syahirah dari Terengganu, Nurhana dari Kedah, Nur Syuhada dari Kedah, Nurul Huda dari Kedah.. See?? majoriti Kedahan kan.. Allah Maha Mengetahui.. dan ketua platun kami ialah Arip tuu hahaa.. aku teringat bila Nik Faizal bagi arahan, mulut kemain muncung, mata kecik gilaa, kening lebat macam sinchan.. HAHHA, dalam baris ni takpayah kira la dok gelak.. ^^ How sweet that time..

Setiap petang training start around pkul 5-5.30 macamtu.. dan jurulatih yang bertanggungjawab mentraining kami ialah Cik Luqman dari Kelantan, Cik Redzuan dari Kedah dan Cik Azmi dari Kedah, juga merangkap senior kawad KMK. hum, no import any soldier.. cukuplah En KJ bekas wataniah.. hehe ^^
Dalam kami sibuk training untuk KAKOM (Karnival Kokurikulum Matrikulasi), kami sama-sama pilih nama team ni.. dalam nak pilih tu, banyak sungguh cabaran dan dugaan yang kami semua terima... tak sefahaman la, apalah, ada yang tak turun training la.. macam2 sungguh. Akhirnya combine idea semua dan terjadilah PR ni..  Kami ada baju team tau, as usual, black color dan design oleh cik Luqman.. satu hal pasi baju ni, serabut aku fikir. punya la lawa design, tengok2 bila dah siap, lain yang jadinya.. sesat sungguh, dan akibat design jadi tak macam yang diplan, harga dapatlah sangat murah tauu... En KJ la punya kejaa...

tu pun nama pun silap eja.. macam2 masalah, sampai sekarang, nieza dengan fizah takdapat jugak baju depa sebab msalah pa tak tau, tak ingat dah.. berbalik kepada training, tiap-tiap petang turun kena pakai half uni, dan warm up sat, pastu lari keliling pdang 5 round.. dengan pakai boot yang sangat berat dan sebab tu jugak la kaki-kaki kami melecet.. auuuuu... >.<  Lepas tu, aku mengadu la dekat En KJ yang kaki kami semua sakit kan, lepas dia cakap "okayy lepas ni dah takpayah lari keliling padang, cuma buat PT jaa".. PT?? physical training la.. aku ingat sikit ja, rupa-rupa 13 PT tau.. aku ingat lagi semua PT dan yang paling tak boleh lupa PT berapa aku tak ingatm tapi PT tu nama dia PT 4 penjuru alam. sangatlah sakit kaki dan lenguh satu badan terutama pinggang ke bawah.. Lepas buat PT tu, kami naik trun tangga pun terkengkang2 habis.. sakit maakkk oiii!! tak percaya?? try la buat selama seminggu.. humm tak payah sampai seminggu, buat sekali pun dah cukup sakit..

dan lagi dasyat, bulan puasa pun tarining tau, bak kata En KJ, "jentik-jentik air tepi kolam".. yelah tuu. tapi mmang macam jentik2 air jugak la sebab tak berat sangat training pun.. buat besa2 ja. kalau bulan posa pkul 6 dah balik, kalau bukan bulan posa, dengar azan maghrib baru stop.. see?? betapa gigihnya kami kawad..
Dalam kami melayari bahtera kawad ni kan, ada sikit salah faham antara kami.. dia tu tak mau dnegar langsung pendapat kami, it just not like, give and take,.. give ja yang dia tau, take taknak... tapi, bila dah lelama, dah lali la kami pun, biar jaa...

Kami ada jugak kena pi kem jati diri gamaknya, semua pesrta KAKOM.. hum kem tu buat kat kem askar kat Jitra, Kedah.. memang nak bagi rough tough kmk aku rasa time tu. besa la askar an, bajet garang, tapi memang tegas dan galak.. hahah ^^ kat sana kami kena bangun awal seawal pkl 4 pagi utk mandi dan pkl 5 dah kena berbaris macam askar, dan pkl 7 senaman pagi cara askar, tunging terbalik, lompat bintang tu perkara yang sangat biasa utk aku.. lepas tu baru breakfast cara askar. kami kat sana selama tiga hari dan aku rasa seronok gilaa.. macam2 aktiviti yang kami buat kat sana.. pertandingan merentas halangan juga perkara biasa utk aku, dan aku tak pernah lepas monkey bar tuu yang bergayut2 bawah ada air tuu.. tangan tak kuat mehh.. tu pun pernah ada hati nak jadi askar..banyak lagi aktiviti kat sana yg sangat best dengan askar..

Okayy, sebelum pegi KAKOM yang bertempat kat Kolej Matrikulasi Selangor, kami kena buat cheers yang   banyak utk menentang lwan nanti masa game kat sana. jadi, macam2 cheers yang ada. kami mestilah En KJ yang ajar nak buat cheers.. heheh ^^ cheers kami sangat comel, dan dengar khabar team lain taksuka dengan kami sebab kami sentiasa didhulukan daripda team lain, aku rasa tak!! besa ja.. antara cheers kami.. :
ni masa kat pantai morib, selangor dah.. dah graduate dah time nii.. tuu yg huhahuaha tuu..

okayy, kami nak pi KMS tu sebenarnya daalam cuti sem tapi aku sikit pun tak rasa terkilan sebab ada depa-depa ni lah.. cuti sem 2minggu tapi bebudak KAKOM cuti 5hari jaa. yang selebihnya kat KMS... kami semua balik KMK sehari sebelum gerak ke KMS, malam tu kami semua kat rumah En KJ gosok uniform.. start pukul 11mlm sampai la pukul 4pg baru siap gosok.. Allah, kena bagi tajam la line seluar. kena bagi nampak size la, bukan senang oo nak gosok uni.. jangan memain.. ^^ tapi tu lah kenangan manis..

pagi tuu pukul 8 dah kena berkumpul kat depan masjid Khulafa' Ar-Rasyidin tunggu bas.. macam besa, kata ja pukul 8, pukul 9 baru gerak.. dalam bas pulak satu hal.. pukul 10 macamtu kami berhenti makan dekat RnR Gurun dan sambung perjalanan.. dalam bas tuu, macamni.. bising, makan2, diam~semua tidoq, sorang terjaga, tangkap gambar org yang tidoq. hahah ^^ How sweet moment we had
lepas tu bangun, bising, makan, tidoq.. haha.. perhentian seterusnya kat Tapah, Perak.. kat situ kami ingat kami ja yang berhenti, i mean, budak matriks.. tapi, kena2 sekali trun, budak matriks pendang pun ada, Mara Kulim pun ada.. hum solat2 suma,. jalan2 kat situu.. Ni kisah syu bard dengan tikah.. depa pi BR, taktau harga berapa, main masuk ja... tetiba ambek satu skop ja, RM8++.. HAHA, depa keluar dengan muka mcam apa jaa.. hahah^^ lawak laa, kena makan bagi habih jugak la dah mahai.. itulah kenangan yg depa ada..

sambung semula perjalanan, dan kami sampai kat KMS pukul 5 petang dan ramai kontinjen negeri masing2 dah ada.. tunggu kat bawah serama nak ambek kunci bilik, then kena trun semula untuk makan.. besa la kalau pi macam kem ni kan, semua rushing.. aku dah terbiasa kot dengan rushing2 ni, jadi aku dah boleh agak aku  nk makan byk mana, mandi lama mna utk cepat.. tarikh kami bertanding kawad utk kawad statik dinamik 12/11/2011.. malam 11/11/2011 malam yang sangat berharga buat kami semua.. malamtu kami buat pembakaran benang kat uni masing-masing.. dan lekat selotep merah kat tapak boot yang berkilat sangat tuu.. kami juga ada hadiahkan kat En KJ dan Cik Redzuan selai T KAKOM yang kami beli kat KMS dan tnda penghargaan kami utk depa. lepas tu En KJ mintak kami berkumpul kat tempat kami kiwi boot siang tadi.. haha saat yanbg sangat mendebarkan kami semua bila sesi muhasabah diri bermula.. malamtu kami boleh luah persaan kami kat team.. apa yang kami tak puas hati... dan malam tu jugak kami bersatu sebagai sebuah keluarga.. terima kasih En KJ atau lebih mesra dengan panggilan daddy..

Esoknya kami semua mata bengkak, dan dengan azam yang baru, bersatu padu bertanding untuk kali terakhir buat En KJ dan siri sendiri. Pagi tu kami buat pemeriksaan pakaian,.. aku ingat lagi, nak hentak kaki pun pelan ja takut nanti seluar kedut pastu tak jalan kat tempat yang ada ayaq sebab takut boot kotoq.. hum.. kenangan kenangan... lepas ja habis pemeriksaan tu, ha hentak kaki semua org pandang2.. HAHA, dasyat punya kuat.. turn kami pukul 2 ptg giliran ke9.. sebelum tu lepas habis ja pemeriksaan pakaian kan, kami semua tukaq pakai T KMK dan tgk org kawad.. langsung tak rasa gentar,, gila!! sangatlah gial.. even team lain takdak buat macam kami buat.. tapi, itulah pr.. boleh pulak ada yang tidoq, dan lagi tuu...


sky, nakal ehh.. napi tidoq wuu

ni baru habis pemeriksaan pakaian ja pun.. tak kawad lagi... :D
petang tu kami lepas solat zohor, kami siap denga pakaian segak kami berbaris siap untuk masuk bertanding setelah bertungkuih lumuih training.. sebelum kami masuk, kami sempat mendengar amant dari daddy, "jangan fikir apa-apa, buat dengan ikhlas dan apa nak jadi pun jadi lah"...senyap sekejap, sambil dia tenung kami semua dengan satu perasaan yang kamii sendiri tak tau apa dia.. then., he said this word "saya sayang kamu semua".. then dia tinggalkan kami pi mana tak tau, tapi dia sendiri sebakk dan menagis.. kami apa lagi,Allah T.T, menagis semua, yang boboy kalau menangis aku ingat, napi, aje, poknik.. gegel semua.. hehe ^^ itu semua tinggal kenangan.. masuk padang kawad dengan keyakinan yang snagat tinggi, dan kami semua ingat pesanan jurulatih2 kami.. pesanan daddy, "buat sehabis baik", Miss Fatni "dagu, langut, bukak dada, pndang 200m ke hadapan, muka sombong", pesanan En Redzuan "cucuk, cucuk masa pelahan jalan", semua ada dalam fikiran masing-masing... sorry sebabtak boleh nk upload video kawad, sebab sangat lambat line..
cuma nak bagitau dia sangatlah perfect, tak pernah kami buat macamtu.. nilah hasilnya kalau semua dah bersatu :))

selang sehari, kami bersiap sedia untuk fomasi.. HAHA, cakap pasai fomasi, salah step/lupa toksah kata la.. mmg berlambak, aku ni hah, salah mak aiii... dah la dok depan sekali.. salah betoi2 depan juri.. bapak punya cuak, tapi rilex ja an... AHHAH ^^ then, kami tak expect kami boleh menang sebab team lain lagi lawa dari kami, tapi Allah itu Maha adil, Dia akan bagi nikmat pada hambaNYA yang berusaha dan berdoa serta tawakal padaNYA.. petang tuu, semua pasukan dari negeri masing2 ada untu upacara penutupan dan pemberian sijil dan pingat kepada pemenang.. macam biasa dia akan umumkan pemenang dari tempat ke3, ke2 dan johan.. tempat ke3 buleh kat KMJ, kedua buleh kat KMPk, kami memang takdak harapan dah time tuu.. ish dok ketaq laa... tetiba pengerusi majlis umumkan, "Johan dimenengi oleh kontinjen dari KolehjMatrikulasi Kedah".... apa lagi, menjerit dan menagis... terus beratur pegi ambik pingat EMAS tau!! sambil menangis gembira.. pingat n hadiah tuu sebenarnya kami tujukan pada semua jurulatih2 kami.. terima kasih, tanpa kalian, kami bukan sapa2... Allahhuakbar!!

lepas tu kami cipta lagi kenangan dekat Pantai morib, Banting, Selangor.. sepuas-puasnya kami bergambar kat sana... dan kami dengan slumbernya buat 'every where we go' (tarian treadmark kami) atas stage depan restoran dekat pantai tuu.. habis ja tarian kami, semua org tepuk tangan wuuu.. rasa macam #retis pulak time tuu.. hahah.. tapi, itulah kenangan yang kami ada.. hampa ada???

:)))

aje gayat.. hahah

tetap bersama :)

love each other very much <3<3<3



then, balik daripada KAKOM, kami takdak makanan, jadi serbu rumah cikgu , fatin buat nasik goreng dan malam layan hindustan sampai pukul 2 pgi,, 3 idiot,, aku tak tengok pun, sebab mengantok sangat, tertidoq kat lantai, bangun2 krem kaki.. kami ada dinner untuk bebudak KAKOM.. dinner tuu kat Cinta Sayang resort, Sungai Petani, Kedah.. kat situ dekat ja dengan Carnival Water Park, jalan kaki ja kami pi.. best...

baru sampai, before mandi :P
amacam?? lawa?? :P


Actually, ada banyak lagi gambar, banyak lagi tempat yang kami  pegi bersama, tapi maaflah sebab tak cerita pasai pi zoo taiping dan cameron, air mata ni kalau tadah tadi, satu timba apa.. hii ^^ sobbss :'( biarlah dia tetap jadi kenangan yang terindah dalam hidup kita,.. dan aku selalu berdoa agar hubungan kekeluargaan kita ni takkan terpisah dan moga Allah mempertemukan kita semua semula satu hari nnti dengan izinNYA.. 

takat ni jalah kot, jumpa lagi di entry yang akan datang, InsyaAllah :))

Ditaip oleh : Anak mak :)

Randomly updated -_-'

Assalamualaikum (:

Hello peeple, apa khabar?? Moga kita sentiasa dalam redha Ilahi, Aminnn..
Randomly update ni actually i want to tell what and how 'scary' and disordered mind i had this whole month..
i just can't go through with this situation but i do realize that i have to make it as fun as possible. Fun??? Imposible darling..
I just very busy with my 'mountain like' assignment.. Baru nak bernafas sikit, dah tambah pulak assignment English.. topic given was, major esl/efl qualification test/exams.. aku taip qualification kat google, tak keluar.. aku taip kelayakan, dia cerita procedure macamna calon nak ambil exam tu. Aku agak tak reti nak buat keja kalau macamni punya cara.. Mana sibuk buat persiapan sukan kampus.. huh?? tak la buat apa sangat pun sebenaarnya.. just, aku masuk perbarisan ja. And every course have their own theme.. Course aku, bertemakan Zombie vs Plant.. Al-maklumla, teknologi pertanian, nak jugak ada plant tuu haa...

Maaflah, gambar semua dalam fon, malas nk bluetooth.. so takdak la gambar untuk entry kalini...

Okayy, berbalik kepada esaimen yang banyak.. For english that i've mention above, dah habis present.. Dan kami group pertama!!! Mr.Zul masuk dari belakang, terus dia cakap "okayy guys, i would start your presentation with group name siti norain!! sentap mak, naks.. ^^ tapi, memang kami berdoa nak group pertama present sebab, kalau kena tegur pun tak la teruk sangat sebab group pertama dan tak teruk sangat kena kritiks.. bermula lah presentation dengan lancarnya.. time aku present, aku sendiri perasan yang aku neves gila dan tangan aku shaking from begin towards the end... dasyat sungguh! kami sangat lah komfem yang penonton tak faham apa yang kami present sebab kami sendiri pun tak faham sangat.. Thank God sebab takdak sapa yang tanya soklan.. mana tak nya, aku yang tak bagi depa tanya soklan... awai2 lagi dah ugut "jangan tanya soklan tau, kalau kami tanya faham tak, cakap ja faham..:" dan menjadi pulak tuu..wahahah.. time depa pun macam tu jugak, no body ask any Q.. ^^ Laka-laka betul..

so sekarang hujung minggu.. Alhamdulillah, minggu ni seronok sikit sebab boleh jugak merasa rehat. dan dalam dok rehat tu, boleh la siapkan sipi2 lagi esaimen tu kan. isnin minggu depan aku nak kena present bioD, hopefully, berjalan dengan lanjar dan mintak la english aku fluent, sebab ada foreign lecturer, kalau aku pun tak faham apa yang kau cakap, dia apatah lagi ka.. HAHHA ^^ and at the end of our presentation, lec tu akan tanya soklan, dan aku harap aku faham apa yang dia cuba nak tanya tu..

takat ni jala kot,.. jumpa lagi di entry yang akan datang, InsyaAllah :)

Ditaip oleh: Anak mak :)






Thursday 15 November 2012

1 Muharram :')

Assalamualaikum (:

Hello peeple sekalian?? sihatkah?? Moga-moga sihat sentiasa lah nah. Harini murupakan tahun baru dalam kalendar Islam dan mungkin Allah dah catatkan harini hari bertuah atau hari rezeki aku kot kan, alhamdulillah :) Why i'm saying like that?? Because, harini aku keluar lagi dengan Aisyah Ali, my dearest/beloved/sweet/nice/loving bestfren that i ever had.. heee ^^ Dia~ Aisyah Ali, bagitau aku kata nak keluar harini masa hari yang kami keluar sebelum ni lagi. Tapi dia tak bagitau aku la nak pi mana.. Dan dia kata ada surprise.. Aku kalau orang bagitau kata ada surprise ni, aku allergic sikit la, aku rasa penasaran yang teramat sangat, dan aku tak senang duduk asyik duk pikiaq menda tu ja.. haish.. Then, pagi tadi, aku tunggu la dia depan rumah, selalu dia nak viva putih.. aku tunggu agak lama actually(aku yang siap wal, sebab aku siap lambat dan aku tak suka orang tunggu aku siap).. Tup tup, tak nmpak pulak kereta viva.. dan aku agak terkejut jugak la kan sebab ada kereta proton wira berhenti depan rumah aku, aku sangatlah tersurprise bila tengok sapa yang drive tau.. aku menjerit tak mau mau dalam kereta sebab seronok, dan sebab dah lama tak jumpa orang tu..

Orang tu adalah BOB.. dia sangat baik tau peeple.. ^^ Actually bob ni senior kami masa kawad dulu dan kami agak rapat masa masing-masing masih sekolah.. huu, bob  ni dah ada marka, nak purpose dah kot.. how sweet ^^  hum, harini 100%  disponsor oleh bob.. sangat beruntung kami dan rezeki kami :) Kami pi Queensbay, Penang.. Dan kami tengok wayang, setelah make a tough/strong/final decision kamii pun memilih nak tengok cerita Istanbul Aku Datang :-* Allah, sweet weh cerita tu.. jalan cerita dia sangat best tau, lain dari cerita melayu yang lain.. aku pi tengok tu sebab Lisa Surihani yang berlakon, dan aku terpaut hati pada Beto Qushairy tau.. dia sangat sweet :) Auuwwww... serta eeuuwwww :PNak bagitau siap2, harini kami pakai biru sesama, kasut yang sama, cuma lain sikit jaa.. jangan juling ya tengok gadis2 manis nih.. perasan sekejap :P
Posing maut tuu :P


macam Datin Wanain & Wanaisyah tak ?? 


Dalam ni pun jadi la :) Aisyah tengah perbetoi tudung tuu :P

Lepas zohor :)

Finally, i watched it :) and i love it damnsomuch <3<3

Sweet tak?? hee ^^

Kami selalu macam ni :)

i do love wear this hijab, its covered me & protect me :)
Chocolate Muffin :)
ice lemon tea, my fav :P
the prove :)
Qb beach, cipataanNYa, subhanallah :)
Kami sahabat!! 

Kenny Roger's Roster :P






Huh, dan lepas kami solat zohor, kami pi isi perut kat KRR, huu punya lah fenin nak pilih nak makan apa.. huh?? kami makan apa tak tau nama dia tadi. hee ^^ sangatlah muak sebab ayam dia sangat besar tau.. kenyang tersadai,,. kunyah sampai kembung pipi kami :) Then, pergi butik Padini.. aku first time masuk, tu pun sebab adik aku suruh aku belanja beli T-shirt.. ala, agak murah, sebab tu aku beli 2helai T PDI kat adik aku .. hari tu aku beli T Body Glove dah 2 helai Rm200, huh??? memang pisau cukur la adik aku ni..

Lepas tu kan, kami pi lepak kat pantai Qb tu.. ramai jugak orang... anyway, dalam Padini tadi, bob and aisyah beli rayban.. huh?? aku?? aku tak beli sebab aku dah ada.. lupa pulak nak bawak.. hee
^^ masa kat pantai Qb, ramai yang usya kami, pelik ke pemakaian kami, ada yang aku nmpak berbisik2, rasa nak macam nk pi dengar jugak depa bisik apa... aisyah pakai rayban hitam, macam orang butaa... hee ^^ lawak laa. Actually, very nice.. saja nak sakat dia :) I love u Aisyah sayang <3<3<3
Aku harap persahabatan kita ni kekal sampai akhir hayat dan diredhai Allah.. jumpa lagi nnti 2 bulan akan datang :)

Takat ni ja la kot, jumpa lagi nanti di entry yang seterusnya, insyaAllah :)



Sunday 11 November 2012

Selamat Penantin Baru :') & ....... -,-

Assalamualaikum (:

Hello peeple... Moga sentiasa dalam redha ILAHI :) semalam tanggal 10/11/12 tanggal yang sangat cantik dan unik, telah menyaksikan kebesaran Allah, dimana kedua mempelai iaitu Siti Norazreen binti Samsuri dengan pasangan Muhd Firdaus Bin Ibrahim telah selamat disatukan dibawah ikatan yang suci lagi diredhaiNya.. Maka dengan hanya sekali lafaz, lin (nama panggilan untuk penantin pompuan) telah sah menjadi isteri kepada Firdaus.. menangislah syaitan kerana sepasang lagi anak Adam telah melakukan ibadah.. Ehh?? huh?? kenapa tetiba penulisan aku macam org nak buat buku ja?? hah? ka hancuss?? pilih la yang mana anda suka ya ^^

Majlis akad nikah bermula pukul 10 pagi di Masjid Al-Huda, Kilang Lama.. Tok kadi yang akan nikahkan sepupu aku tu, orang yang sama menikahkan sepupu2 aku yang dah kahwin dolu2 nuuu.. huhu ^^ senang kerja memandangkan tok kadi tu dah kenai penantin pompuan. sebelah tok kadi tu saksi. Yang jadi saksi tu pakcik yang kenai aku jugak. dari dolu2 dok panggil aku 'menantu'.. Al-maklumlah, dia ada anak lelaki kembar nama Hafiz dan Hadi.. Hafiz dah kahwin, dah ada anak pun, Hadi ja belum..Heee ^^ tapi aku tau anak dia macamna, so reject!!! eh? macam si Hadi tu nak ja kat hang ain oii..

penantin pakai baju wrna putih bersih.. Aku tgk muka penantin lelaki, nervous gilaaa... macam tu la orang nak kena akad nikah, even aku yang tgk saja ni pun merasai keketaran tuu.. ^^ tuuudiiiiaaa aih propaganda gilaa aku nikh.. :P  Firdaus disuruh baca Al-Fatihah, rukun nikah, mengucap 2 kalimah syahadah dan lain2 yang sewaktu dengannya. aku ni sebagai jurugambar yang tak pernah ditauliahkan, mengambil gambar sebanyak yang mungkin dan tak terlepas, aku rakam lafaz akad nikah tuu.. How sweet.. Tetiba rasa nak nikah pulak.. terbayang, macamna aku pulak hah?? bapa kali lafaz noh??? huh!! *peluh meleleh di dahi ^^
Sebab pasai lafaz akad ni kan, penantin laki laju gilaa and lancar ja sebut lafaz tuu.. "Aku terima nikahnya Siti Norazreen Binti Samsuri dengan mas kahwinnya RM84 tunai".. :)


Cahaya gembira seorang suami :)

Pembatalan air sembahyang :)

Kini Lin bergelar seorang isteri :)


Ni sepupu aku (pompuan) yang dulu dinikahkan kadi yang sama..
dah ada anak pun ^^

Okayy, bukan satu ja kenduri tau.. Actually 3 kenduri.. Dekat Taman Maktab, Taman Seluang.. Semua kawan maklang aku. so, kami pun pi la... Lawa betul penantin2 tuu... :) Berseri-seri ^^
Nak upload gambar lagi actually, tapi macam siput ja line.. cabar pulak kesabaran gua...

Dan, sebelah petang tu kami bergegas ke hospital Yan, Kedah.. tengok tokwan aku masuk hospital.. Sakit lelah/penat.. kalini sangat teruk sebab banyak wayar berselirat kat badan dan nak bercakap pun susah, nafas dok semput. sedih aku tengok.. Pam oxygen dah 4 kali pam dan air dah 4 beg.. Dah la kurus tokwan aku tu, sakit macam tu, nampak langsung tak bermaya pulak,. nak sembang bayak2 pun tokwan aku tak larat.. tapi dia gagahkan diri bangun sebab anak cucu dia mai melawat dia.. mungkin dengan kedatangan kami, buat dia rasa lebih baik kot mana kita  nak tau kan..

Lepas solat asar, kami bergerak keluar daripada hospital.. terus balik rumah tok aku kat Alor Setar.. Lepas salam cium tok aku, kami semua sibuk masuk dapoq nak cari makan, lapaq gila.. tambah jumpa dengan sepupu aku yang memang lama aku tak jumpa, huh, memang sakan la kami... time aku nak makan nasi, tgk2 nasi tak cukup.. so aku pun masak la nasik, sepupu aku yang lain masak sardin, aku goreng telur dadar, ikan kering/masin... dan kami makan besar!! sangat sedap tau ^^

Lepas ja solat isyak, kami pun bergerak pulang keteratak memasinng.. aceewaahhh.. ^^ Alhamdulillah, selamat sampai kat rumah pukul 10 malam.. mandi2, terus zzzzzz... letih bhaa :)

Takat ni ja kot.,., jumpa lagi di entry yang seterusnya, InsyaAllah :)




Wednesday 7 November 2012

Midsem Break :)

Assalamualaikum (:

Hello peeple.. Apa kabar semua? ceh, macam ada orang nak jawab pertanyaan hang ni ain.. hehe
Break?? sangatlah sedondon dengan student Universiti/Kolej/dll.. bila cakap pasal cuti ni semua orang seronok sebab boleh rehat.. bagi aku, rehat ka makin parah?? Tepuk dada, tanya iman :P
Why i'm saying like that, lecturer aku giat sungguh aih bagi assignment.. mana aku  nak kena study untuk bukak midsem ni lagi. Antara assignmentnya ialah, Applying Sustainable Utilization Agrobiodiversity in Kelantan (Biodiversity), Buffer Solution & The Variation of Atomic Structure (Chemistry), Penjajahan Jepun & British ke atas Tanah Melayu~ Satu Perbandingan (Kenegaraan & Pembangunan Malaysia), *tajuk tak ingat, tapi ingat kena buat pasal rasuah dan kena kaitkan dengan tamadun terdahulu (TITAS).. Allah, satu pun tak bergerak lagi.. Thank God kerja kumpulan, bahagi2, dapat la sikit2.. kalau sorang ni, tak dan tangan nk cekau.. haish... Allah Maha Mengetahui apa yang kita tak tau.. :)

Dan ada something yang agak menggembirakan aku.. Sebab mak aku bagi duit (tambah actually), beli phone baru.. weheee ^^.. Sangatlah bersyukur sebab dapat jugak beli phone baru.. yela, aku pakai phone lama aku since form2 dan sampai sekarang, phone tu pun tetiba rosak dah tak boleh on, so memang dia dah bagi signal untuk aku tukar phone. aku sekarang guna phone Samsung Galaxy Ace Duos.. boleh masuk 2 simkad, so mmg lagi mudah kerja aku sebab aku ada maxis dan celcom. heee ^^  Alhamdulillah :)

Aku balik rumah 31/10/2012, hari rabu lepas.. hari isnin aku keluar dengan kawan baik aku, Aisyah Ali.. Dia mai amek aku kat rumhah awai gilaaa... pukul 7pagi.. hee ^^  Kami pi rumah dia dulu, ambek kakak dia, dan hantaar kakak dia pi kerja kat BM, dan kami pi ambek angin pagi kat Mengkuang Dam.. Hanya Allah saja yang tau betapa tenangnya hati kami bila ada dekat sana. Suasana pagi yang sangat cantik, dikelilingi tumbuhan hijau yang segar dan subhanallah, sangat cantik matahari membiaskan cahayanya ke pelusuk kawasan.. Tuhan sekalian alam... Allah T.T  Aku yang pakai phone baru ni tak ketinggalan nak snap gambar banyak2.. termasuk Aisyah, pengguna Blackberry.. huu^^ Lepas tu around pukul 9:30 pagi kami breakfast dekat McD Perda.. Aku ambek set McMuffin with egg dan milo panas, Aisyah ambek set hotcake dan hot coffee.. Alhamdulillah, kenyang.. After 1hour, kami gerak ke destinasi seterusnya, Sunway Carnival Mall, Penang.. first, plan nak tgk wayang, then takdak cerita yang berkenan dihati, so kami decide jalan satu sunway tu and  masuk setiap shop yang ada.. hahah.. ^^  Lepas tu cari kerusi nak duduk, sakit tapak kaki... weheee :P

After solat zhor, kami bergerak ke Jusco, perda.. kat situ, aku beli wedges baru inspired by Balalaca.. nak ja aku upload semua gambar kat sini, tapi broadband aku ni laju sangat, so nantilah tgk ye. Actually wedges tu birthday gift ^^.. weheee.. Aku ada jugak beli baju, and other needs.. dan semua tu disponsor, Alhamdulillah :') Sabtu nih, InsyaAllah, sepupu aku akan dinikahkan dan kenduri hari yang sama,.. Moga Allah mudahkan segala urusannya.. dan ahad kenduri abg2 kwan aku, so InsyaAllah jugak aku pergi.. aku bila lagi???? InsyaAllah, Allah da tetapkan hari tuu.. tunggu saja maaa.... winkwink ^^ gatai dah anak mak ni.,.. persiapkan diri dulu, jadi yang terbaik di antara yang terbaik dan dalam mendapatkan yang terbaik disisi Allah :')

Okayy, aku nak nak jugak bagitau yang aku dah jumpa satu fan page kat facebook ni, pasal jual hijab online. Aku LIKEEEEEEEE page tu sebab hijab dia lawa sangat dan bidang besar, so lebuh bila pakai, sangat selesa untuk aku.. even sangat mahal jugak la, aku akan kumpul duit untuk beli tudung2 kat situ, insyaAllah, kerana Allah.. :) Islam tak melarang kita untuk berfesyen, tapi ikutlah syarak... And here, aku nak ucapkan ribuan terima kasih kepada yang  bagi link page tuu.. jasamu akan ku kenang, kerana memudahkan kerja saya. moga Allah memudahan kerja2 awak.. saya berpegang pada kata2 ni "kalau kita menyenangkan kerja orang lain, maka dengan senang hati, Allah akan memudahkan kerja kita".. :)

Takat ni ja lah kot untuk entry kali ni... jumpa lagi di entry yang akan datang, InsyaAllah :')







Thursday 1 November 2012

Selamat Hari Raya Aidiladha :')

Assalamualaikum (:

Hello... hum tahun ni raya haji aku kat perantauan.. first time tu kat perantauan.. huh, perantauan la sangat kan.. Aku raya kat UMK, tahun ni. ada ja yang tak balik, include my rumate and me. rumate aku yang tak balik tu nama dia Athirah, orang KL. yang balik, nama Wan Amalina org Perak or lebih mesra dengan panggilan kakwan sebab lagi senja dari kami bertiga,.. heheh.. yang sorang lagi nama Intan Nor Baity or panggil je Intan, orang Selangor. Raya kami sangat lah sedih, bukan sebab tak raya dengan keluarga, sebab tak ada makanan. Cafe tutup, kedai kat luar pun tutup, maklumlah Kelantan, raya sakan laa.. agak menyesal tak balik, dan next time, kami semua akan balik,. hehhe -,-


Raya kedua ada lah majlis korban dan ada tetamu datang. Dato' Pa pun datang, ye la, beliau kan menteri mentor UMK.. hum, students UMK, Pengkalan Chepa n Bachok pun datang.. Tapi, aku dengan rumate aku yang tak pergi.. hehe, teruk kan,,, malas lah. tak dak mood nak ikut program tu. baik dok kat bilik, tidor... tengok cita korea ke kan.... huuuu :p

Tak ada apa sangat pun nak cerita pasal hari raya.. ni ja lah... sekian :')

University Life (:

Assalamualaikum (:

Hello guys.. agak lama aku menyepi dari bergedik kat sini.. sorry la, aku agak busy lately.. Dah start banyak keja aku nak kena siapkan.. Agak sibuk dengan kelas yang agak tidak pack tu.. sebut pasal pack ni kan. even jadual aku banyak gila masa free, tapi tak tau la why aku rasa macam lagi pack dari matriks dulu.. maybe sebab masa yang free tu aku guna untuk semua keja aku yang tertangguh tuu.. hahah kantoi dah ..
sekarang para lecturers dah mula bergiat active bagi assignments segala... Kitorang kat sini banyak buat assignments dalam kumpulan.. Dan kat sini jugak, kalau berkumpulan, mesti ada semua bangsa dan different gender.. gender yang tak pasti tu tak termasuk ye.. Harap Maaf!! :P  Assignment TITAS (Tamadun Islam & Tamadun Asia) tuu macam sejarah, tapi yang bahagian keagamaan sikit. kalau subjek Kenegaraan & Pembangunan Malaysia tuu sejarah masa Form5.. aku ingat masuk U dah tak dak semua subjek alah ni, rupanya ada.... siap kira CGPA lagi haa.. Kelas kau jahhh... :)

Sekarang aku nak cerita pasal lab pulak.. lab bio dan chemistry.. Dulu, masa kat matriks, sebelum masuk lab, kena buat jotter.. dalam jotter tuu kena buat procedure dalam bentuk flow chart. Tapi, sekarang dekat U, no such things. Just kena buat procedure atau yang disebut kat sini, Methodology dalam bentuk flow chart jugak tapi kena lampirkan sekali dengan lab report. lab report bio kena submit at the end of the experiment, kalau report chemistry, hantar masa the next lab.. such a heaven right chemistry.. Okayy, FIY, dulu kat matriks jugak hanya ada lecturer and lab assiss ja kan, tapi kat sini, ada lecturer, lab assiss, and lab demonstrator.. lecturer kejanya datang pantau2 je lab, yang mengarahkan kitorang buat exp, 2 orang lagi tuu laa... Lab bio and chemistry masing2 3 jam tau.. and direct terus dari pkul 8-11 lab bio, pkul 11-2 lab chemistry.

FIY jugak, kat sini tak ada tuto bio, tapi ada tuto math n kimia. tuto math tu bukannnya macam tuto kat matriks dulu nah cek.. sini, masuk ja kelas tuto math, lecturer bagi quiz n buat team work tutorial.. dan kerja team tu sangat lah susah, semua soalan application.. semak teqoih kepala aku tgk math. aku dulu gila punya la suka math, tapi sejak masuk matriks, math aku merudum terus babe.... tuto kimia, lec masuk bagi keja tuto, n submit at the end of class.. Bio memang kena belajar sendiri, kuliah pun aku rasa macam tak belajar apa2 ja.. aku tak berapa nak faham kuliah bio sebab lecturer yang ngajar tu dari Bangladesh,.. aku bukannya nak salahkan lec tu sebenarnya, cuma aku yang tak faham kan. so, kena belajar sendiri la..

:) Takat ni ja la kot.. hehe