Hello kalian, bersua lagi kan.. ish ish, asek update blog jaa. Take five sat!
Alhamdulillah, dengan izin Allah dapat lagi aku meneruskan kehidupanku di bumi Allah ini. Aku bersyukur kerana masih memberiku peluang untuk aku terus bernafas dan dengan kesempatan yang diberikan ni, InsyaAllah marilah sama sama kita meningkatkan amalan kita. Harini, 1 Januari 2013bersamaan dengan 18 Safar 1434H tahun baru untuk satu dunia kan. jadi macam macam azam baru yang wujud kan, Moga berjaya lah mengiringi azam masing-masing ya :)
Okayy, azam aku? Azam aku , aku ingin menjadi seorang hamba Allah yang lebih taat kepadaNYA, anak yang solehah, supaya arwah abahku tenang disana dengan doaku dan sedekahku apdanya, InsyaAllah :) Juga aku nak jadi seorang anak yang tahu membalas jasa ibu bapa aku dengan kejayaan aku yang akan ku kejar dan berikan kepada mereka agar mereka gembira selalu, InsyaAllah :)
Ok final? Semua pelajar Universiti akan menduduki peperiksaan akhir semester kan kalian? Aku start exam pada 6 Januari 2013 dan tamat pada 13 Januari 2013. May Allah ease :) Berusahalah, Allah tidak melihat pada hasilnya, tapi Allah melihat pada usahanya :) Di samping busy study kan, korang semua jangan lupa solat, solat itu tiang agama! Al-Quran tiap tiap hari kena baca, amalkan surah Al-Mulk, Al-Mathurat, banyakkan berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW ya kalian. Sungguh, Allah tidak lupa pada hambaNYA yang berbuat kebaikan :)
"Setiap kali matahari terbenam, maka aku akan berasa menyesal kerana umurku semakin berkurangan, sedangkan amalanku tidak bertambah." (Ibnu Mas'ud)
It doesn't PAY to be POOR :)
Ditaip Oleh : Anak Mak :)

No comments:
Post a Comment