Hello peeple... Moga sentiasa dalam redha ILAHI :) semalam tanggal 10/11/12 tanggal yang sangat cantik dan unik, telah menyaksikan kebesaran Allah, dimana kedua mempelai iaitu Siti Norazreen binti Samsuri dengan pasangan Muhd Firdaus Bin Ibrahim telah selamat disatukan dibawah ikatan yang suci lagi diredhaiNya.. Maka dengan hanya sekali lafaz, lin (nama panggilan untuk penantin pompuan) telah sah menjadi isteri kepada Firdaus.. menangislah syaitan kerana sepasang lagi anak Adam telah melakukan ibadah.. Ehh?? huh?? kenapa tetiba penulisan aku macam org nak buat buku ja?? hah? ka hancuss?? pilih la yang mana anda suka ya ^^
Majlis akad nikah bermula pukul 10 pagi di Masjid Al-Huda, Kilang Lama.. Tok kadi yang akan nikahkan sepupu aku tu, orang yang sama menikahkan sepupu2 aku yang dah kahwin dolu2 nuuu.. huhu ^^ senang kerja memandangkan tok kadi tu dah kenai penantin pompuan. sebelah tok kadi tu saksi. Yang jadi saksi tu pakcik yang kenai aku jugak. dari dolu2 dok panggil aku 'menantu'.. Al-maklumlah, dia ada anak lelaki kembar nama Hafiz dan Hadi.. Hafiz dah kahwin, dah ada anak pun, Hadi ja belum..Heee ^^ tapi aku tau anak dia macamna, so reject!!! eh? macam si Hadi tu nak ja kat hang ain oii..
penantin pakai baju wrna putih bersih.. Aku tgk muka penantin lelaki, nervous gilaaa... macam tu la orang nak kena akad nikah, even aku yang tgk saja ni pun merasai keketaran tuu.. ^^ tuuudiiiiaaa aih propaganda gilaa aku nikh.. :P Firdaus disuruh baca Al-Fatihah, rukun nikah, mengucap 2 kalimah syahadah dan lain2 yang sewaktu dengannya. aku ni sebagai jurugambar yang tak pernah ditauliahkan, mengambil gambar sebanyak yang mungkin dan tak terlepas, aku rakam lafaz akad nikah tuu.. How sweet.. Tetiba rasa nak nikah pulak.. terbayang, macamna aku pulak hah?? bapa kali lafaz noh??? huh!! *peluh meleleh di dahi ^^
Sebab pasai lafaz akad ni kan, penantin laki laju gilaa and lancar ja sebut lafaz tuu.. "Aku terima nikahnya Siti Norazreen Binti Samsuri dengan mas kahwinnya RM84 tunai".. :)
![]() |
| Cahaya gembira seorang suami :) |
![]() |
| Pembatalan air sembahyang :) |
Kini Lin bergelar seorang isteri :)
![]() |
| Ni sepupu aku (pompuan) yang dulu dinikahkan kadi yang sama.. dah ada anak pun ^^ |
Nak upload gambar lagi actually, tapi macam siput ja line.. cabar pulak kesabaran gua...
Dan, sebelah petang tu kami bergegas ke hospital Yan, Kedah.. tengok tokwan aku masuk hospital.. Sakit lelah/penat.. kalini sangat teruk sebab banyak wayar berselirat kat badan dan nak bercakap pun susah, nafas dok semput. sedih aku tengok.. Pam oxygen dah 4 kali pam dan air dah 4 beg.. Dah la kurus tokwan aku tu, sakit macam tu, nampak langsung tak bermaya pulak,. nak sembang bayak2 pun tokwan aku tak larat.. tapi dia gagahkan diri bangun sebab anak cucu dia mai melawat dia.. mungkin dengan kedatangan kami, buat dia rasa lebih baik kot mana kita nak tau kan..
Lepas solat asar, kami bergerak keluar daripada hospital.. terus balik rumah tok aku kat Alor Setar.. Lepas salam cium tok aku, kami semua sibuk masuk dapoq nak cari makan, lapaq gila.. tambah jumpa dengan sepupu aku yang memang lama aku tak jumpa, huh, memang sakan la kami... time aku nak makan nasi, tgk2 nasi tak cukup.. so aku pun masak la nasik, sepupu aku yang lain masak sardin, aku goreng telur dadar, ikan kering/masin... dan kami makan besar!! sangat sedap tau ^^
Lepas ja solat isyak, kami pun bergerak pulang keteratak memasinng.. aceewaahhh.. ^^ Alhamdulillah, selamat sampai kat rumah pukul 10 malam.. mandi2, terus zzzzzz... letih bhaa :)
Takat ni ja kot.,., jumpa lagi di entry yang seterusnya, InsyaAllah :)





No comments:
Post a Comment