Assalamualaikum (:
hari hari aku dok gedik kat sini, sampai tak tau dah nak taip apa untuk entry kali ni.
hum. pagi tadi pihak dari Kolej Komuniti Kulim ada call aku, dia cakap, aku dapat pegi untuk kursus Bahasa Inggeris. dia cakap, kalau aku taknak ikut kursus tu pun tak apa, kalau aku nak ikut lagi bagus.. nanti masa kat U, diorang akan buat jugak kalau aku tak ambil sekarang, kalau aku dah ambil dan dah dapat sijil , kat U nanti aku tak payah dah buat.. dan dia cakap lagi, nant masa aku kat U, aku mungkin terganggu dengan kelas dan mungkin tak ada masa nak pegi ambil kursus tu.. nanti kena cari Kolej Komuniti yang berdekatan pulak untuk buat kursus tuu... haish, fenin ni nak pegi ke tak. aku tanya mak aku, mak aku cakap, pegi lah sekarang ni. nantilah aku pikirkan kembali.. -,-
harini tengah hari mak aku tak masak, sebab mak abah aku nak hantar kakak aku balik rumah dia kat Teluk Bahang, Penang. so, kebetulan harini orang tu tak peegi keja, Cuti okayy! bukan ponteng. orang tu datang ambil aku kat tempat aku keja dan kami pun pegi makan tengah hari. sejam aku rehat, so dia hantar aku semula kat tempat keja. 15 min kemudian, dia datang hantar kek dari secret recipe... memang aku suka sangat kek kat situ, sedaappp (: yummy... tau tak dia hantar 2 bijik!! bukan sebijik ja... Thanks sayang O_O
hari ni hujan, so orang tak ramai yang datang kedai. orang malas keluar, tidoq kat umah lagi syiokk.... aku ni punn naseb sebab keja ja, kalau kat rumah, mesti tidoq jugak laa... :p dan bila hujan, lantai kedai pun akan kotor sebab customer datang bawak apa yang ada kat kasut diorang.. heee.... tak pa, Customer is always right!! malam nanti nak tutup kedai, aku mop la, dah keja aku.. keja yang HALAL dan mengharapkan BARAKAH bila kita ikhlas buat sesuatu keja kerana Allah Ta'la.. (:
dah lama rasanya aku tak jumpa kawan baik aku yang aku sayang sangat tuu.. nama dia Aisyah Ali. dia sekarang study kat Kolej Teknologi Timur kat Sepang.. jauh tu.. aku pula tgh menghitung hari dapat U apa dan kat maana.... dia cakap, raya ni baru kami boleh kami jumpa balik.. nanti aku nak jumpa hang, nak sembang dengan hang banyak banyak, nanti kita sama sama study balik, tak tau bila lagi boleh jumpa pulak.. -,-
hah, aku punya la eksaited lebih nak masuk U, dah list dah barang yang nak kena bawak dan yang nak kena beli nak masuk U.. eksaited sangat tak? hee, takpalah, aku keja pun sebab nak simpan wang nak beli barang2 nak pegi U.. -o-
Salam Ukhwatul Fillah (:
ya habibi ya Rasulullah (:
Dikarang oleh : Cik Ain

No comments:
Post a Comment